BAB 8

Drama Completed 540

Luke dilanda rindu pada wajah itu. Kekeliruan masih menyelubungi dirinya. Adakah dia mahukan gadis itu kerana wajahnya mirip Shakira ? Namun tidak dapat dinafikan gadis itu bukan sahaja mirip tetapi jelmaan Shakira . Segala-galanya adalah Shakira . Kenapa kebetulan ini amat menyakitkan? Apakah hikmahnya disebalik semua ini? Mengapa pertemuan itu terjadi? Mengapa? Akhirnya, Luke terlelap memikirkan jawapan disebalik persoalan-persoalan itu.

"betul Zah. Aku jumpa dia. Nama dia Illysha . Hari tu yang aku jumpa kat airport tu dia la." Bersungguh-sungguh Luke menjelaskan apabila Hamzah datang ke pejabatnya keesokan harinya. Hamzah mengerutkan dahinya.

"sebijik muka dia dengan Kira ?"

"iye, sebijik. Cara dia pun sama dengan Kira . Aku pun tak faham Zah. Kenapa kebetulan ni wujud. Memang kebetulan."

"tapi, bila kau tengok dia, kau Nampak Shakira ?"

"setiap kali aku hanya teringatkan Shakira walaupun yang di depan aku tu Illysha ." Itu kebenarannya. Dia rindukan Shakira .

"kau akan jumpa dia lagi?" Luke diam seketika. Kenyataan itu amat pahit.

"tak. Kami dah takkan berjumpa. Dia dah ada yang punya." Sayu suaranya.

"hmm, baguslah tu. Jangan kacau hak orang. Lagipun, teman lelaki dia dulu dengan dia. Takkan kau nak jadi perampas kot?" seloroh Hamzah . Luke tidak menjawab. Ada pilu memikirkan dia tidak akan bertemu gadis itu lagi.

"ok la, aku nak balik dulu. Ada kerja lagi." Hamzah bingkas lalu keluar meninggalkan Luke yang masih dengan menungannya.

Seketika, menungannya terganggu apabila bunyi deringan telefon bimbit tiba-tiba memecahkan kesunyian. Luke hairan. Bila pula ringtone aku lain ni? Dibelek telefonnya namun tiada panggilan. Akhirnya pandangannya menangkap telefon asing di atas mejanya. Nampaknya Hamzah telah tertinggal telefon bimbitnya.

Luke membelek nama pemanggil. ‘My Love’. Sejak bila pulak Hamzah ada kekasih? Nak jawab ke tak? Akhirnya dia memutuskan untuk menjawab panggilan itu.

"hello" kedengaran suara gadis di hujung talian.

"hello, err, Hamzah tak ada. Saya kawan dia, dia tertinggal telefonnya. Nanti awak telefon balik
boleh?" ujar Luke namun suara di sebelah sana sepi, tiada jawapan.

"Luke ?" Luke terdiam. Suara ini!

"Luke is that you?"

"Illysha ." Akhirnya nama itu terkeluar dari bibirnya.

"I can’t believe this. You know farid?" suara itu kedengaran tidak percaya. Luke juga merasakan seakan dia bermimpi. Apakah maknanya semua ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience