Completed
540
" Luke, kami akan berkahwin dalam tempoh dua minggu lagi . Aku berharap kau datang." Ujar Hamzah di pejabat Luke suatu hari setelah 3 bulan peristiwa di restoran itu terjadi. 3 bulan juga dia tidak berhubung dengan Illysha .
"tahniah tapi aku tak dapat datang Zah. Aku akan pergi ke Jepun pada hari tu. Aku minta maaf. Bukan aku tak nak datang, tapi aku tak boleh." Hamzah menundukkan wajahnya seketika. Dia tahu hakikat sebenar. Luke tidak tega melihat jelmaan Shakira menjadi hak milik orang lain.
"hmm, ok. Aku faham. Maafkan aku Luke." ujar Hamzah lalu bingkas keluar dari pejabat itu.
Lamunan Luke terganggu apabila deringan telefon bimbitnya kedengaran. Dibeleknya nama pemanggil sebelum dia melepaskan keluhan panjang. Perlu dijawab atau tidak? Akhirnya dia menekan punat ‘on’ untuk menjawab panggilan itu.
"helo,"
"helo Luke . Assalamualaikum." Suara yang amat dirinduinya itu kedengaran di hujung talian.
"waalaikumussalam. Hmm, awak nak apa?" dia cuba menegaskan suaranya. Melindungi galau di hati.
"awak apa khabar?"
"sihat. Awak?"
"hmm, saya ok."
"hmm…."sepi seketika.
"boleh kita jumpa?" Luke terkedu seketika mendengar permintaan itu. Tahankah dia melihat
wajah itu lagi? Mendengar suara sahaja hatinya berkecamuk.
"baiklah, bila?" pantas bibirnya berbicara sebelum akalnya menghalang.
"hari ni, Kenny roger’s?"
"ok. Saya tunggu awak pukul 6."
"ok, jumpa nanti. And Luke , I promise you, this will be the last time." Illysha memberi janji. Luke terdiam. Pilu memikirkan kenyataan itu.
"ok, see u."
"yeah, bye."
Terus dimatikan talian tanpa menunggu lagi. Luke resah. Illysha ….
Share this novel