Completed
540
"Luke , Shakira ...." hampir satu bulan setengah sudah Shakira di bumi Afghanistan. Hari itu,
Luke menerima panggilan mengejut dari Hamzah . Suara Hamzah kedengaran gundah. Kerisauan mula beraja di hati Luke .
"Hamzah , kenapa dengan Kira ?" pantas dia memotong cakap Hamzah . Hamzah diam.
"Luke , Shakira , dia….dia terlibat dalam letupan bom di sebuah kedai runcit. Dia….takkan pulang Luke . Untuk selama-lamanya. Aku minta maaf Luke . Semua salah aku. Aku tak ikut dia. Kalau tak, mesti semua ni tak jadi." Namun Luke sudah tidak mendengar lagi butir bicara
Hamzah yang seterusnya. Hatinya remuk.
"Shakira , kalau kau tak pergi hari tu…." Luke mula menyesal kerana tidak menghalang Shakira pada hari itu. Namun dia tahu ini kesudahannya. Luke pasrah.
Share this novel