Completed
540
Luke berteleku di kubur yang masih merah itu. Hamzah telah mendapat balasannya. Aku maafkan kau wahai sahabatku. Semoga kau tenang di sana. Pantas dia mengatur langkah mahu ke hospital pula. Shakira masih koma sejak kemalangan itu. Ya, Illysha ialah Shakira yang hilang ingatan. Itulah yang sempat diberitahu Hamzah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Biar kenyataan itu menggembirakannya, namun dia telah kehilangan seorang sahabat yang dipercayainya. Sungguh tidak disangaka Hamzah berhati keji. Ya Allah, aku berserah kepadaMu. Hanya engkau yang mampu membalas perbuatan seseorang.
Luke merenung sekujur wajah yang bersih itu. Hari itu, sebaik dia hampir tiba di rumah berlangsungnya majlis mereka, dia ternampak kereta Hamzah dibawa laju lantas dia memusingkan keretanya dan mengekori mereka. Namun resah hatinya bertambah parah apabila dia melihat kereta itu bertembung dengan sebuah lori. Kereta itu terbalik dan berpusing-pusing di atas jalan. Luke pantas berhenti dan keluar dari kereta. Dia mahu menyelamatkan Illysha .
Bersusah-payah dia menarik Illysha yang berdarah di muka dan badannya keluar dari kereta. Baju pengantin yang dipakainya sudah tidak kelihatan serinya. Luke memeluk Illysha .
"Illysha , tabahkan dirimu. Kau akan selamat." Bisiknya kepada Illysha yang sudah tidak sedarkan diri.
Dan kini Illysha @ Shakira masih tidak sedarkan diri. Luke bimbang. Sudah 3 hari Shakira koma. Pantas Luke ingatkan Yang Maha Berkuasa. Lantas dia mengambil wudhu’ lalu dikerjakan solat hajat memohon kesejahteraan Shakira . Disambungnya pula kepada bacaan yasin. Usai membaca yasin, dia kembali menghadap wajah itu.
Tiba-tiba, Shakira membuka matanya.
"sedap suara awak. Dah lama saya tak dengar awak mengaji."Luke terkedu. Shakira sudah kembali! Alhamdulillah. Tak putus-putus dia mengucap syukur. Direnung wajah itu sepuas-puasnya.
"awak….nak air?" Tanya Luke . Shakira menggeleng.
"saya minta maaf sebab tak tunaikan janji saya hari tu. Saya tak balik semula pada awak." Ujar Shakira sebak. Luke menggeleng-geleng perlahan.
"shh, jangan cakap macam tu. Awak tak bersalah." Luke memujuk. Air jernih mula mengalir menuruni pipi Shakira .
Dalam diam Luke memanjatkan syukur. Ingatan Shakira telah pulih seperti mana yang diramalkan oleh doktor kesan hentakan semasa kemalangan tersebut.
"saya minta maaf. Kalau saya tak pergi hari tu, kita takkan jadi macam ni." Ujar Shakira lagi. Kesal.
"Kira , yang penting awak dah balik pada saya dengan selamat. Yang sudah tu jangan difikirkan lagi ok?" pujuknya lagi. Dia juga terharu. Tidak percaya dihadapannya itu kini Shakira . Shakira yang mengingatinya. Shakira yang menyayanginya sepenuh hati.
"Kira , saya dah ambil keputusan. Lepas awak keluar, kita akan kahwin. Ok? Percayalah, kisah kita takkan tamat tanpa izinNya Shakira ." Shakira tergamam. Air matanya bertambah laju. Tidak percaya kebahagiaan akhirnya milik mereka. Dan Luke turut tersenyum bahagia. Semoga Allah merestui kita….
Share this novel