Completed
540
"hai, maaf lambat." Ujar Illysha seraya menarik kerusi lalu duduk berhadapan dengan Luke .
Luke tersenyum nipis.
"tak apa." Pesanan dibuat lalu sepi kembali membalut keadaan. Kali kedua mereka berdua-duaan.
"awak sihat?"Tanya Illysha berbasa-basi. Melihat wajah yang muram itu dia sudah tahu. Aku juga sepertimu Luke .
"saya ok. Kalau tak sihat, saya takkan jumpa awak hari ni. Oh, by the way, congratulations on your marriage." Ujar Luke separuh hati.
"oh, hmm." Bukan itu yang diharapkan dari Luke . Pilu mula beraja di hati.
"Luke , I have to ask you something. Be honest will you?" ujar Illysha . Dia mahu meleraikan kekusutan itu.
Luke menatap wajah itu. Wajah yang amat dirinduinya.
"apa dia? Tanyalah."
"err, about Shakira and my self. Do you see Shakira in me?"
Luke tidak menjawab soalan itu serta-merta. Cuba memikirkan jawapan sebaliknya namun gagal.
"yes, I see Shakira in you, from the first time I saw you."
"do you happen to have developed feelings for me because of our identical face and personality?" jujur Illysha bertanya. Dia perlu tahu.
Luke tersentak. Dipandang seraut wajah itu. Wajah yang amat dahagakan kepastian.
"Illysha , saya…."
"Luke , yes or no?" tegas suara itu. Luke tergamam.
"yes, that’s true enough." Akhirnya dia berlaku jujur. Illysha melepaskan keluhan kecil. Sepi seketika.
"then, why would you let me go to farid?" perlahan suaranya. Ada sebak di hujung nada itu. Luke merenung dalam mata itu, seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
"Illysha , you can’t be like this, you….."
"yes I know. I’m his fiancée but I have never loved him. Luke , why won’t you fight for me? For your feelings?" air mata mula membasahi pipi. Luke mula serba-salah melihat gadis itu
mula teresak-esak.
"Illysha , I don’t love you but I love Shakira . I can’t take you when I myself am not sure whether I’m being sincere with you or not." Terang Luke . Akhirnya, dia sendiri keliru dengan kenyataannya.
"but I don’t mind Luke . I know what I want. I feel it with you. Please Luke , take me with you." Rayu Illysha . Dia sudah tidak berfikir secara waras. Luke melepaskan keluhan berat.
"Illysha , I’m sorry. This is just not right. You must return to farid, he loves you with all his
heart. You must learn to love the person who loves you. I’m sorry. I have got to go." Lantas
Luke bingkas bangun meninggalkan Illysha yang masih teresak-esak.
Sebaik sahaja Luke masuk ke dalam keretanya, dia menghentak sterengnya sekuat yang mungkin. Kecewa dengan kata-katanya sendiri. Illysha , maafkan aku. Aku tidak sanggup melukakan Hamzah sahabatku. Dia tewas. Air mata lelakinya tumpah juga akhirnya.
Share this novel