BAB 6

Drama Completed 540

"hi!" Luke menoleh. Illysha tersenyum.

"dh lama sampai? Sorry ye, lambat sikit. Saya sesat tadi." Jelas Illysha .

"tak pe. Saya pun baru je sampai." Luke terkedu seketika apabila dia berpeluang mengamati
wajah itu.

"well, kita nak minum kat mana?" Tanya Shakira .

"you choose."

"hmm, saya ni sebenarnya tak tau sangat tempat kat sini. Be my guide." Illysha berterus-terang.

"well, kalau macam tu, kita makan di Kenny Roger’s. ok?"

"ok." Lalu mereka beriringan ke restoran yang dimaksudkan.

Luke dapat merasakan degupan jantungnya berdegup pantas. Lantas kenangannya membawanya pada Shakira . Luke menggelengkan kepalanya perlahan, tidak mahu kenangan itu mengusiknya. Bimbang Illysha akan menyedari kelakuannya.

Sebaik tempahan dibuat, suasana sunyi membalut keadaan. Jika diikutkan Luke , dia hanya mahu menatap wajah itu sepuasnya namun acap kali dia menenangkan hatinya yang berbunga riang.

"awak dah lama kat sini? I mean kerja kat sini?" Illysha memulakan. Bimbang dengan kesepian di antara mereka.

"err, yup! Dah lama."

"ooo…."

"err, awak pula? Saya tak pernah Nampak or dengar pasal awak dari wakil MB Corp." Luke
cuba mengorek rahsia. Dia perlu tahu di mana gadis itu bersembunyi selama ini. Setidaknya dari pandangan Luke sendiri.

"oh, saya sebenarnya baru pulang dari Melbourne. Sebulan lepas. Sebelum ni, saya kerja dengan cawangan syarikat ni di sana." Melbourne? Luke pantas berfikir.

"boleh saya tahu? Awak asal mana? Awak memang tinggal di oversea? Parents awak?"

"wow! Banyaknya soalan awak. Macam private investigator pulak." Tingkah Illysha . Luke tersenyum malu.

"eh, tak. Saya Cuma ingin tahu. Tu pun kalau cik Illysha tak keberatan nak berkongsi. Yela, kita ni baru berjumpa hari ni. So, saya faham if cik Illysha tak nak berkongsi dengan saya." Illysha mengecilkan matanya lalu ketawa kecil.

"I don’t know why, we have just met each other today but I feel that we have known each other for quite a long time you know. It’s just that I feel at ease with you. Do you feel the same?" Luke tersenyum. Kalaulah kau tahu kebenaran itu Illysha ….

"well, one thing that I’m very sure is that I wanted to know you well the first time I saw you." Illysha terdiam mendengar luahan itu. Sepi kembali antara mereka.

Tika itu, pelayan datang membawa pesanan mereka dan mereka makan dalam sepi. Masing-masing seakan menghayati saat itu. Luke masih terus memerhatikan tingkah gadis di hadapannya. Illysha yang memesan hidangan black pepper itu mula kepedasan. Fresh orangenya diteguk berkali-kali. Luke cuba menidakkan sesuatu. Tingkah Illysha ketika kepedasan amat mirip dengan Shakira yang juga menyukai makanan pedas tetapi tidak tahan pedas. Luke menyandarkan tubuhnya. Seketika, kesunyian antara mereka dipecahkan oleh deringan telefon Shakira . Shakira melihat sekilas nama pemanggil sebelum melepaskan keluhan berat.

"why? Who is that?" Tanya Luke ingin tahu. Illysha mengukir senyum tawar.

"excuse me for a second." Illysha bingkas bangun lalu bergerak menjauhi meja mereka. Melihat reaksi itu, Luke berniat untuk memasang telinganya.

"hello. Yeah. Yeah. No, I’m with a colleague. It’s true. I’m not bluffing. Farid, please, why can’t you trust me? Argh, whatever! Bye!" kasar telefonnya dimatikan. Illysha mendengus perlahan. Ternyata dia tidak selesa dengan situasi itu.

Luke yang sedari tadi memerhati tergamam. Shakira juga akan mendengus begitu apabila dia marah. Luke semakin keliru. Mengapa gadis itu sangat mirip dengan Shakira ? Tetapi dia Illysha . Luke cuba menidakkan kemungkinan-kemungkinan yang mula beraja di hatinya.

"I’m sorry. Let’s just continue eating." Ujar Illysha apabila dia kembali ke meja mereka.

Luke Cuma mengangguk. Tidak mahu bertanya lanjut namun makannya terganggu apabila Illysha tidak meneruskan makannya.

"Illysha , are you ok?" Luke bimbang. Wajah gadis itu tidak seceria tadi.

"oh yes, I’m fine." Sudunya dipegang kembali namun dia masih tidak menyentuh hidangannya. Memikirkan kemungkinan gadis itu perlukan masa bersendirian, Luke Cuma membiarkan sahaja gadis itu melayan angannya.

"he is my boyfriend." Kunyahan Luke terhenti. Dia memanggung mukanya, mencari-cari segaris kejujuran di wajah itu.

"what? Who?" Tanya Luke .

"the one whom I talked to just now. He is my boyfriend. We have been couple for about 3 years but I just don’t feel like he is the one. It’s just not there. The feeling is not there." Luah Illysha lagi. Seakan ada beban pada nada suara itu.

Luke terdiam. Tidak tahu apa yang patut diucapkannya kala itu. Marah? Geram? Mengingatkan dia tiada hak untuk semua itu, dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Namun dia kecewa. Itu Luke pasti. Illysha yang mula menyedari perbuatannya mula gelisah.

"well, I don’t know why I’m telling you this. Just forget it!" dia menyuap kembali. Serba-salah kerana menceritakan masalahnya pada orang asing. Luke masih merenungnya.

"and I don’t know why I am feeling unhappy with that." Giliran Illysha pula terhenti suapannya. Dia menatap wajah Luke . Mata mereka bertentangan. Masing-masing cuba menebak rasa hati masing-masing.

Illysha melarikan matanya. Perkara ini tidak harus terjadi. Apakah yang sedang berlaku padanya? Lantas dia mengambil dompetnya lalu dikeluarkan wang kertas RM50. Dia meletakkan wang itu di hadapan Luke yang masih tidak bersuara.

"I think we should not meet again. I’m sorry." Pantas Illysha menolak kerusi lalu keluar dari restoran itu. Luke termangu-mangu. Hatinya kuat membantah namun akal warasnya mengatakan mungkin itu yang terbaik bagi mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience