Completed
540
"encik Luke , mesyuarat dengan wakil MB Corp. akan dimulakan sekejap lagi." Suara Lina, setiausahanya kedengaran di intercom.
"baiklah Lina. Saya pergi sekarang." Luke mengesahkan. Lantas fail diambil dan langkah kaki diatur ke bilik mesyuarat.
Sebaik tiba, dia perasan dua batang tubuh yang sudah berada di situ. Masih tidak melihat wajah mereka, Luke menarik kerusi dan duduk.
"encik Luke ?" suara itu menegur. Luke memanggung mukanya.
"ya saya…." Luke tergamam. Wajah itu….. Illysha mengukir senyum.
"saya Illysha . Ini encik kamil. Kami ingin meminta maaf bagi pihak MB Corp. kerana wakil yang berjumpa encik Luke tempoh hari tidak dapat hadir jadi kami yang akan menggantikan dia pada hari ini. Kami harap encik Luke dah bersedia dengan kertas kerja yang diminta tempoh hari." Illysha ? Luke cuba memproses maklumat yang baru didengarinya sebentar tadi. Tapi, Shakira ? Mengimbas kembali peristiwa di KLIA, kini Luke pasti, wajah Illysha yang dilihatnya.
"encik Luke ?" Illysha bertanya sekali lagi. Hairan melihat lelaki itu tidak memberi tindak balas sepatutnya
"err, ya saya. Saya ok saja." Ujar Luke masih merenung sekujur wajah di hadapannya. Wajah yang amat dirinduinya. Tapi, kenapa Illysha ?
Illysha meneruskan bicaranya namun sering kali dia mengeluh apabila dilihatnya Luke tidak menumpukan perhatian pada bicaranya. Akhirnya, Illysha menutup failnya.
"encik Luke , are you sure that you are fine?" Luke tersentak.
"err, yes I’m fine." Ujar Luke menyembunyikan gundah di hati.
"but you don’t seem fine. Do we have to postpone this meeting to another day? If you think so then it will be fine with us." Tegas Illysha . Dia tidak mahu berurusan dengan orang yang seakan tidak berminat dengan bicaranya.
"err, no. It’s ok. We shall proceed." Ujar Luke lagi. Illysha merenung Luke . Mencari kepastian di sebalik kata-kata itu.
"are you sure? Well, ok then." Illysha membuka kembali failnya dan perbincangan diteruskan.
Kali ini, Luke sedaya upaya menumpukan perhatian pada focus mereka hari itu. Dia tidak mahu gadis itu kecewa dengannya. Dia berhasrat untuk meneruskan hubungan kerja mereka selama yang mungkin.
Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat. Luke melepaskan nafas lega. Illysha yang menyedari perbuatannya itu tersenyum kecil. Luke terkedu. Itu lesung pipit yang sama juga!
Takkanlah….
"kenapa? Lega semuanya dah selesai? But you seemed a little bit drifted off earlier. Is there something bothering you?" Tanya Illysha . Luke masih diam. Illysha mula serba-salah, memikirkan dia mungkin telah tersalah bicara.
"errm, well, I think that’s not my right to know right? Well, you don’t have to answer me. Kamil, let’s go." Mereka sudah berdiri mahu beredar apabila Luke mula menyedarinya. Pantas dia menahan.
"err, miss Illysha , I don’t know whether you might think of this as a good idea or not but can we maybe one day talk over coffee or something?"Tanya Luke penuh harapan. Illysha terdiam. Menimbangkan jawapannya. Namun ada suara kecil yang meronta-ronta mahu mengatakan ya.
"well, that’s ok with me. But why not today?" Luke tergamam. Gembiranya hati tidak terkata.
"well, if you said so, this evening at 6. We’ll meet at Plaza Alam Sentral. I’ll wait for you." Luke menetapkan. Hatinya berbunga riang.
Illysha senyum lagi.
"ok, see you then." Dia sudah mengatur langkah namun dia berhenti separuh jalan.
Pandangannya dihalakan kepada Luke kembali.
"encik Luke , don’t you think that you should ask for my phone number? Well, in case…." Illysha menjungkit bahu. Luke pantas mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek kotnya.
"o yes! I’ve forgotten about that! Phone number! So, what is yours?" jarinya bersedia mahu menaip.
"012-2244557. Ok, see you then. Bye." Luke pantas menaip nombor tersebut.
Melihat sebaris nombor itu, memorinya kembali pada Shakira . Shakira amat menyukai nombor 2, 4 dan 5. 4 kerana tarikh lahir Luke dan Shakira jatuh pada 4 haribulan. 2 dan 5 kerana bulan lahir Luke ialah februari manakala Shakira ialah mei. Luke terus terduduk kembali. Shakira , adakah aku mampu untuk melupakanmu? Dan siapakah kau pula Illysha ? Wajahnya, tingkahnya mirip Shakira . Adakah ini reality atau masihkah aku bermimpi? Luke meraup wajahnya. Keliru dan bingung.
Share this novel