BAB 2

Romance Completed 9361

"Sayang, jgn nangis. Sakit kat mana?" Soal aku gusar. Iyan dah mcm orang Jepun tunduk hormat minta maaf. Pandai, adab kena ada. Manner tu penting!

"Boy. What's happen? Why are u crying?" Dah mai dah bapak budak ni. Speaking London la weh. Mat salleh ke ni? Tapi muka bapak budak ni mcm melayu je tapi hensem weh. Ish! Suami orang tu Hafia!

"Sorry" pinta aku sebaik boy yg namanya Boy tu didukung dan dipujuk. Dah berhenti menangis pun. Dia tenung aku mcm aku dah langgar anak dia dgn kereta.

"Uncle, sorry, Iyan tak sengaja langgar dia" Iyan cepat2 minta maaf bila bapak budak ni mcm nak marah aku.

"Umi tak salah" hui, terharunya ada anak buah mcm ni. Kecik2 lagi dah gentleman memang mcm papa dia. Cepatlah sihat papanya.

"It's ok. Boy ok, right?" Dia soal anaknya yg dah berhenti menangis. Diturunkan Boy dari dukungan. Iyan segera peluk tubuh kecil itu nasib baik lelaki kalau tak aku dah label yg Iyan ni gatal. Hahaha... tak delah. Aku tersenyum lihat mereka berdua dah berbaik lalu aku angkat muka pandang bapak budak ni pulak. Aku senyum dan pandang Iyan balik. Hensem sangat mamat ni. Matilah aku kalau mcm ni. Suami orang ni mangkuk!

"Papa,Boy nak main dgn Iyan" lah, pandai cakap melayu ropenyer... aku ingatkan mat salleh celup. Melayu je pun.

"Umi?" Soal Iyan minta izin aku senyum dan mengangguk. Aku ambil tempat duduk di bangku yg disediakan. Nak pelawa ke tak nak ni? Buatnya bini dia nampak mahu kena simbah dgn kopi panas. Aku ni belajar dari pengalaman sebab pernah kut ada orang jeles dan kata aku nak usha suami dia. Tak mau la aku. Aku ni single jadi single jugaklah partner aku. Barulah sweet. Kalau duda? Duda pun single apa? Hahaha... gatal sangat dah tu kalau mcm tu.

"May i sit here?" Soalnya minta izin. Tak kan nak kata tak boleh pulak. Bukan hak mutlak aku pun bangku ni. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Berdebar dada ceq ni tak pernah2 abg sado hensem duk sebelah. Kerja apa ek dia ni? Kalau pilot mcm best je kan? Ish! Fokus Fia! Tengok si hensem Iyan sudahlah.

"Your name?" Soalnya selepas berdehem. Tak boleh ke cakap melayu je? Aku ni tak pandai sangat bahasa Queen Elizabeth ni karang ada yg tersilap malu sensorang.

"Fia." Balas aku tanpa memandangnya.

"What a manner? Dont look to others eyes while talking?" Erk! Batu jatuh atas kepala aku. Kurang hajaq betul bapak orang ni. Karang aku tangan kaki kat sini baru dia tahu. Tapi betul jugak, tak elok buat mcm tu tapi anggap je la takut zina mata. Cewah! Tudung yg terasa senget aku betulkan sedikit lalu memandangnya sekilas.

"Saya Fia" balas aku dgn senyuman tapi dia tak senyum balik pun. Ha, tangkap cintan dgn senyuman aku la tu! Jangan buat hal la Fia kau ni tak serik ke? Tolonglah jgn buat hal!

"I ask for your name. Not your nick name" aku pandang muka dia dgn terkejut. Dah apehal pulak dia ni? Saja nak cari pasal dgn aku nampak! Geram pulak aku rasa sekarang. Aku tarik balik yg aku kata dia hensem. Poyo adalah. Berlagak je lebih!

"Iyan, come! Papa dah lama tunggu kat rumah" aku bersuara memanggil Iyan yg sedang seronok bermain. Rasa bersalah bila kacau Iyan dgn kawannya tapi aku dah tak boleh tahan dgn bapak boy ni. Karang ada yg tumpang hospital patah gigi. Ei! geramnya aku. Aku segera bangun dan menarik tangan Iyan beredar dari situ. Kesian tengok boy duk lambai2 kat Iyan. Sorry Iyan, umi terpaksa. Umi tak nak masuk penjara sebab pukul orang nanti.

sebaik sampai ke kereta aku terus memecut pergi. Memang tak senyum dah rasa mcm nak langgar lampu merah pun ada. Boleh dia tanya pasal manner aku? Kurang hajar namanya. Dia tu tak belajar sivik ke apa? Ei!!!!! Geramnya!!!!!

"Pa, aunty tadi left this" boy menghulurkan purse milik Fia yg tertinggal di situ. Tanpa riak Ian Fadlan ambil purse itu dan berkerut. Tangan boy ditarik utk keluar dari situ dan balik ke rumah. Sepanjang dalam perjalanan dia senyap je dah memang jenis tak banyak bercakap sangat tapi suka budak2. Tadi entah kenapa tercover macho lebih sikit.

"Pa, u are so silent. Why?" Soal boy. Ian jeling sekilas lalu dia tersenyum dan mengusap rambut boy.

"Pa, i want to study at the same tadika with Iyan"

"Really? Where we can find that?"

"Please pa?" Berharap betul boy.

"I'll try. But dont hope so much"

"Thank u love u" boy ceria sungguh. Belum tentu dapat dah beria buatnya tak dapat mcm mana. Tapi siapa tak kenal Ian Fadlan yg terel dalam bab jejak menjejak ni. Just wait and see what he can do.

Kunci kereta di baling atas sofa. Bengangnya!!!! Entah perempuan mana yg kawin dgn lelaki mcm tu! Sakitnya hati! Aku cuba bertenang dan tak tunjuk keganasan emosi aku ni tapi Iyan bukanlah bodoh tak faham.

"Umi, why?" Soal Iyan sambil memeluk aku. Jangan tunjukkan kemarahan kau duhai Fia. Nanti Iyan pun takut dgn kau. Aku menarik nafas kemudian melepasnya dgn lega. Aku pandang Iyan lalu tersenyum.

"Umi stress sikit. Terlupa beli barang. Malas dah nak keluar balik" ni bukan bohong ok? Memang aku terlupa nak beli barang dapur. Sebab bengang dgn bapak poyo tu! Haiyya wa rasa nak je taichi dia tapi mengenangkan sabar tu separuh dari iman aku kuatkan jugak. Walaupun rasa nak bagi kaki kat muka dia!

"Umi, Iyan jenguk papa jap" berlari Iyan meninggalkan aku yg mcm nak meletup je ni. Misi kami dah sebulan jalan tapi abg still canggitu jugak. Nak buat mcm mana? Abg sendiri tak nak keluar dari kepopong sedih tu. Dah puas aku, Iyan dan Jia tarik tapi dia nak jugak paku diri dia dalam tu. Kami nak buat mcm mana lagi? Tendang biar dia keluar?

"Umi, papa solat" tersentak aku. Tangan kecil itu menarik tangan aku ke bilik abg. Ya! Abg sedang sujud di sejadah,lama sangat dan aku dah mengalirkan air mata. Ya Allah. Alhamdulilah....Allah dah buka hati abg balik. Syukur sangat2 ya Allah. Bila abg memberi salam pertama aku dan Iyan masih lagi di pintu. Terduduk aku dengar doa abg.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience