BAB 14

Romance Completed 9361

Aku percepatkan kemas apa yg patut. Yg dia tak blah lagi tu kenapa? Kalau kau tak suka aku?aku sejuta kali tak suka kau! Mamat bajet omputeh perasan bagus!

Psiko! Baru je aku nak beredar dari khemah itu tiba2 atap khemah nak runtuh dan belum sempat aku buat apa2 badan aku dah rapat ke tanah. Tapi ada orang yg dah hempap aku.

Muka aku pucat tak berdarah bila ada darah yg mengalir dari kepala orang yg hempap aku atau dah selamatkan aku. Darah mengalir membasahi mukanya dan tudungku.

"Ian...." serak suara aku sebab takut sangat. Ian dah tak sedarkan diri. Wajahnya yg rapat dgn muka aku buatkan aku dapat tahu yg dia langsung tak sedar sekarang. Darah semakin banyak.

Aku dah tak tahu nak buat apa. Bila khemah diangkat, badan Ian diangkat. Ian dah tak sedarkan diri dan darah mengalir semakin banyak.

"Ian!!!" Aunty dah menangis sambil merangkul Ian. Aku dipeluk Jia menggeletar semua tubuh aku memang aku tak sedar apa yg perlu aku buat sekarang. Abg angkat aku masuk ke dalam kereta dan mata aku tak lepas drpd memandang Ian. Air mata aku mula mengalir tanpa aku sedar.

Suasana di hospital sunyi sahaja. Semua orang tengah tunggu Ian di ruang ICU. aku pula direhatkan di wad biasa. Air mata aku mengalir bila teringat peristiwa yg menakutkan tadi. Ian.... air mata aku mengalir lagi. Ya Allah, engkau selamatkanlah Ian.

"Fia..." Jia memeluk aku yg sedang menangis dgn erat. Air mata aku disapu tapi mana boleh air mata ini kering sedangkan masih ada orang yg sedang bertarung nyawa sekarang.

"Ingat Allah Fia. Jom aku teman kau solat" aku ikut je apa yg Jia suruh. Setelah berwuduk dan telekung dipakaikan aku solat sunat hajat. Sujud terakhir aku lama sangat dan aku mohon Allah selamatkan Ian. Air mata aku terus mengalir lagi wajah pucat Ian masih lagi bermain dalam minda aku.

"Ian..." tangis aku lagi. Dalam doa hanya nama Ian yg terlintas. Lemah semua sarafku.

"Maafkan Fia aunty" aku tak tahu mcm mana harus minta maaf.

"Fia, ini semua takdir. Jgn salahkan diri sendiri" aunty peluk aku erat. Aku tak tahu nak buat apa lagi mcm dah hilang waras sedikit. Sebaik doktor keluar semua oramg menanti butir bicara doktor itu.

"Alhamdulilah. Pesakit tak cedera parah. Hanya luka dibahagian kepala dan tak serius. Tapi pemeriksaan lanjut akan dijalankan bila pesakit dah sedar nanti"

"Terima kasih"

semua orabg tak dibenarkan masuk utk melawat Ian. Katanya Ian akan dipindahkan ke wad biasa bila dah sedar dan pemeriksaan lanjut dijalankan. Alhamdulilah aku bersyukur sangat Ya Allah.

Paginya Ian dah dipindahkan ke wad biasa. Lukanya tak parah sebab sekarang ni dah boleh bergurau senda dgn Iyan dan boy. Kemain lagi main mcm orang sihat. Aku hanya pandang dari luar bilik dan tersenyum seorang diri. Tak berani nak berjumpa dia. Tak tahu sama ada perlu berterima kasih atau memohon maaf. Atau baik lupakan mcm tu je? Memang tak ada manner la kalau mcm tu. Aku berlalu dari situ dan berjalan di sekitar tasik di hospital. Rasa mcm bodoh je kan? Apa yg susah sangat berterima kasih! Jatuh mandat ke? Rasanya kepala aku ni memang kena pergi tuntut ilmu moral dan sivik lagi sekali. Kurang benar. Lepas je minta maaf and berterima kasih lepas tu tak payah tengok muka dia lagi dah. Selesai masalah aku kan?pandai Fia! Anak sapelah ni kan? Aku sengih seorang diri.

Aku terus masuk ke dalam wad tanpa ketuk pintu dulu. Terkejut aku bila dia keluar dari bilik air. Memang berbaju tapi tak berbutang. 180 darjah aku pusing ke belakang. Malunya. Nasib baik mcm tu je kalau tak naya aku kena tuduh jdi penceroboh pulak. Nanti dia nak kata aku ni kurang di ajar pulak.

"What are u doing here?" Soalnya sambil berdehem. Mungkin dia pun malu kut. Hari tu riak sangat hensem kalau tak pakai baju tapi hari ni malu pulak. Poyo je lebih mamat psiko ni. Weh Fia perbetul niat. Datang nak selesaikan masalah bukan cari masalah. Kan?

"Sorry and thanks!" Jawab aku ringkas. Senyum pun tak ni dan tak tahu la sama ada aku ikhlas ke tak. Kena ikhlas la kalau tak dia tarik kaki aku kat mahsyar nanti. Aku tengok muka dia yg langsung tak beriak. Tak faham ke apa yg aku cakap tadi?ke aku cakap dalam hati je? Seram.

"Ok" balas dia lambat. Dia kata ok je?ok la kan?

"Ok!" Aku balas pula dan keluar dari wad itu. Selesai masalah aku. Boleh la tidur lena malam ni. Yay!

Malamnya aku masih tak boleh tidur. Erk! Kenapa jadi mcm ni pulak? Puas aku bergolek atas katil tapi tak boleh lelap. Lebih teruk dari semalam pulak tu. Kenapa ni Fia???? Tidurlah weh! Esok kerja!

Dah pukul 2 pagi. Mata aku masih lagi tak boleh lelap. Jadi aku bersiap ala kadar dan mengambil kunci kereta. Bukan ala kadar weh. Berseluar trek dan tshirt je ni. Mcm zaman budak sekolah je. Aku terus menuju ke hospital. Memang hospital swasta tapi ada limit jugak orang yg datamg melawat malam ni selalunya sorang je. Tapi malam ni psiko tu duk sorang je rasanya. Apa yg abg cakap la tadi. Terpaksa masuk macam pencuri pulak dan mcm totally spies je aku rasa tapi tak ada partner la. Aku ni mestilah lawa mcm sam tu. Cantik baju pun warna hijau. Cun! Sebaik aku berjaya masuk dia tengah tidur. Aku berjalan ke katil dan melihat wajahnya tengah tidur. Kalau nak tahu perangai sebenar seseorang orang kata boleh tgk masa dia tidur. Tak tahu la betul ke tak. Time tidur muka mcm ustaz je tapi bila dgn aku mcm puaka.

"Comelnya..." terkeluar pujian. Woi!!! Mulut aku ni dah gila agaknya. Mulut yg tak salah pulak kena. Padahal tuan punya mulut yg tak kena.

Ian buka matanya. Terkejut bila dia tak berseorangan malam tadi. Wajah lembut Fia yg sedang lena di sisinya buat dia rasa pelik. Tapi dia senyum bila melihat anak mata Fia mula bergerak. Sebaik je sedar sikit dgn mata masih tertutup Fia mengomel.

"Nak patah pinggang aku...." Ian sembunyi senyum bila Fia sedar sepenuhnya.

Erk! Aku ada depan mata dia la! Terlambat bangun pulak dah sepatutnya dia tak perlu tahu yg aku tidur sini. Aku pandang muka tenang dia.

"Saya balik dulu" tanpa sepatah kata dari mulut dia aku berlari keluar. Memang gila betul la aku ni kan? Aku terus ke surau utk solat subuh dulu lepas tu baru balik rumah. Penat pulak nak menjawab dgn orang dalam rumah nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience