BAB 17

Romance Completed 9361

Baru je aku nak masuk ke dalam rumah aku nampak sekujur tubuh di tepi pintu sedang bersandar. Tanpa pandang muka dia aku terus melangkah masuk tapi mulut jahat dia menghentikan langkah aku.

"Laughing with other man? How i can describe this?" Panas berdesing telinga aku.

"Dont have to describe anything" aku jawab selamba.

"What? That simple?"

"So, what should i do? Find u, stay beside u and see u are laughing with other girl? Thats what u want?" Soal aku keras. Sakit betul hati aku sekarang ni. Apa maksud dia bertunang dgn aku nak kawin dgn aku tapi sakitkan hati aku? Saja nak seksa aku ke? Air mata aku mula bertakung.

"Which girl are u talking about?" Ya Allah. 24 jam berkepit dgn awek orang masih nak tanya aku siapa? Gila ke apa dia ni?

"I dont know. Haah la kan? Mana ada kan? Saya silap pandang kut. Orang lain mungkin" aku dah mengatur langkah utk masuk ke dalam rumah. Air mata aku dah menitis sekali. Jangan buat ia mengalir Fia! Nanti psiko ni bersorak kau nangis pasal dia.

"She is my cousin! I think u clearly know who is her" aku tergelak kecil pedih pulak hati aku ni. Sepupu dia? Ya! Memang sepupu dia dan dah mcm awek dia aku rasa. Asyik berkepit 24 jam. Dulu bukan main lagi tak suka skrg ni baik gila pulak. Aku pun dia tak suka kan tapi salah ke kalau dia tunjuk baik sikit kat aku. Aku ni bakal isteri dia bukannya org lain!

"Oh, sedar rupanya. Cousin? A status that u can change it as a wife. Dont u know that?" Air mata aku dah mengalir. Tak kuat lagi ya Allah. Kenapa aku setuju dulu? Sekarang dah terlambat nak patah balik.

"Awak ada seminggu lagi utk patah balik. Dont hurt me if u dont want to marry me!"

"Just forget about this wedding!" Aku terus berlari masuk ke dalam rumah. Mana aku nak lari ni bukannya rumah aku pun tapi kenapa aku masuk bilik Ian?. Aku ingat masalah selesai dan aku berhak gembira. Mungkin aku memang tak layak utk kehidupan berumah tangga. Tunang aku senditi bermesra dgn perempuan lain depan mata aku. Mungkin jenis aku tak bertuah kut. Air mata aku terus mengalir tanpa aku tahu kenapa aku mesti menangis sebab kecewa?. Ya Allah adakah ini maksudnya yg tersirat di sebalik solat istikharah aku. Iaitu aku sebenarnya menyukai hamba allah ini. Atau lebih parah aku mencintai hamba Mu ini Ya allah. Ya Allah kenapa hati ini sakit sangat.

"Aku terima nikahnya Umi Hafia Binti Umar dgn mas kahwinnya satu ratus empat puluh tiga ringgit tunai" semua orang menadahkan tangan utk berdoa. Aku menangis lagi. Suami aku juga menangis, kenapa? Menyesal di atas perkahwinan yg tak dapat dielak ini? Kenapa dia tetap meneruskan walaupun langsung tak menyukai aku? Dan aku mengahwininya kerana aku mencintainya Ya Allah. Mana sifat lembut Ian anak mama. Gentle anak papa dan sweet adik kak icha serta nice papa Ian? Kenapa satu pun dari sifat itu tak ada utk aku?

Tersentak aku bila air mata aku disapu dgn tangannya. Dah halal kan. Dia masih juga tak senyum! Kenapa nak buat baik dgn aku? sebab depan orang ramai ke? Aku disarungkan cincin dan aku menyalami tangannya ikhlas. Aku terima jodoh yg engkau beri ini Ya Allah. Sekali lagi aku terkejut bila aku dicium di dahi. Lama! Sebab depan kamera ke?. Kemudian mata aku yg tertutup rapat diciumnya. Aku buka mata aku bila rasa ada air hangat yg jatuh atas pipi aku. Bukan air mata aku. Pasti! Aku pandang wajahnya yg sedang tenang memandang aku. ya! Dia juga menangis, menangis tak merelakan perkahwinan inikah? Tangan aku diraih dan diletakkan dipipinya, jari aku dikucup lembut. Kenapa ni?

"Penatnya" aku hanya pandang Ian yg sudah rebahkan diri di atas katil. Memang sangat penat sebab aku sendiri pun rasa nak tidur terus tak nak mandi la. Nak tidur sebab penat sangat ni. Aku tersenyum seorang diri bila teringat siang tadi. Gembira walaupun tak tahu makna pelukan Ian. Aku suka! Patutlah orang yg jatuh cinta tu mcm meroyan gini rasanya ya! Hailah nasib baik dah kawin.

"Awak pergilah mandi dulu" tegur aku bila dia dah lelap. Dah berdengkur pun mamat ni dahsyat sangat penat dia tu. Aku malas nak layan jadi aku terus masuk ke bilik air dan bersihkan diri. Untung isyak dah solat tadi. Aku senyum lagi bila teringat solat sunat yg kami jemaah sama2 di masjid tadi. Kenapa dia nangis? sebab cengeng ke? Aku keluar dari blik air bila siap berbaju semua. Dia masih lagi tidur. Aku sikat rambut dan mendekati katil. First time aku jamu muka dia masa tidur, dan dah halal la. Hari tu cetak rompak je kat hospital. Nak kejut ke? karang bertukar jadi singa susah pulak kan? Aku mendekati dia lalu duduk disebelahnya. Takutlah.

"Awak. Bangunlah...ke nak tidur mcm ni je? Kalau nak tidur mcm ni je pun tidur la elok2" aku kejutnya. Badan dia bergerak dan mengiring lalu kepalanya diletakkan atas paha aku. Amboi! Cantik parking! Aku berkerut sikit. Karang aku gigit telinga ni baru dia nak dengar kut.

"Bangunlah" kejut aku lagi. Dia terus bangun dan bersila di bucu katil. Dgn baju melayu bagai. Songkok pun ada lagi ni takkan nak tidur mcm ni.

"Kalau tak mandi tak boleh ke?" Soalnya dgn mulut memuncung. Alahai comelnya! Dia ni dah sedar ke belum ni? Mata tak nak bukak.Dah la cakap bahasa ibunda negara aku dgn aku. Pelik ni. Dah la tak respon pun. Sedar tak yg aku dalam bilik dia ni?.

"Takkan tak nak mandi? Busuklah nanti" aku jawab selamba. Dia buat muka pulak. Aku tergelak kecil. Ni ke muka mamat bajet hero bila bangun dari tidur? Lawak.

"Busuk ke?" Soalnya lagi. Malas benar! Bukannya kena beratur ke apa nak mandi. Sejengkal je pun.

"Agak la. Bangunlah"aku sentuh pipinya dgn tangan aku yg sejuk ni. Dia tergelak, dia gelak! Sukanya. Dia membuka mata dan terus membulat bila nampak muka aku. Kenapa ni? Tak suka ke? Aku nak jatuhkan tangan tapi dia sempat tangkap dan menciumnya. Ok! Situasi pelik!

"Thanks. For being my wife" ucapnya. Aku terkedu, betul ke apa yg aku dengar ni? menyesal pulak tak korek telinga dulu tadi.

"Mandilah" balas aku gugup. Dia senyum lagi. Pelik ni!

"Saya ni Umi Hafia. Bukan Julia" aku cuba sedarkan dia mana tahu tengah mimpi lagi ke. Senyuman dia mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience