BAB 9

Romance Completed 9361

"Just a person do that" aku angkat muka. Nak kata orang gila ke? Ei! Nak marahnya aku rasa sekarang ni.

"Siapa? Orang gila?" Soal aku bengang. Dia sengih jahat. Kurang hajaq betul dia ni. Aku nak beredar dari situ tapi dia halang. Nasib baik tak terpeluk dia. Main halang je jalan orang, polis buat road block pun ada signboard tau!

"Why are u crying?"

"Mind your own business. I repeat,jaga tepi kain awak sendiri" siap dgn translate sekali aku bagi.

"I want to mind your business. So what?" Aku gigit bibir sebab geram. Dari dunia mana datang orang mcm dia ni?

"Get lost!" Balas aku geram.

"Let me wipe your tears and blood then i'll get lost." Aku terdiam. Betul ke apa yg aku dengar ni. Tanpa aku kata ya or yes sapu tangan dia keluarkan dan lap air mata aku lalu jari aku. Sikit je pun luka. Poyo la kalau nak tunjuk gentle kat aku. Wrong person! Pergi manjakan bini kau la! Layan aku buat apa?!

"Ian my love, what are u doing?" Aku terkejut,bukan, kami terkejut. Aku pandang belakang walaupun ada cerita horror dah pesan jgn pandang belakang. Aku terkejut. Matilah kali ni. Aku akan dilabel pengorat suami orang lagi. Mati.

"Love, let me introduce u this is Fia and Fia, this is my..."

"Kami dah brkenalan tadi" aku menyambung cepat. Dia tersenyum dan mengusap perut yg dah membesar itu.

"Really? Good" ujarnya ceria.

"Anak papa sihat tak?" Soalnya mesra pada baby dalam perut. Dengar la agaknya. Aku senyum sebelum berlalu. Sapu tangan dia yg berada di tangan aku rasa nak campak kat tanah je. Aku genggam sapu tangan tu kemudian meletakkannya di atas meja di laman. Kenapa aku rasa mcm ni? Mcm bodoh je aku rasa!

Aku bersandar pada kereta abg. Dah menunggu utk balik ke rumah dan tukar baju. Atau baik balik tak payah datang lagi dah.

"Dah lewat la Fia, kita stay back je. Aunty dah sediakan pakaian"

"What?" Soal aku geram. Apa ni abg oi!

"Ala Fia, ok la tu. Bukannya tak boleh mandi tukar baju. Jom!" Tangqn aku ditarik Jia. Malasnya.... aku terpaksa juga menurut kehendaknya.

"Guna bilik Ian ya? Semua bilik lain dah penuh" ucap aunty. Aku rasa mcm nak pengsan je sekarang ni. Jia datang dgn bawa baju utk kami. Kami masuk ke bilik besar itu. Warna hijau dan kelabu,sama warna feveret dgn aku. Woi!!! Mengarut kau eh Fia. Aku mengunci pintu bilik buatnya mamat tu masuk saja je. Mana gambar dia dgn kak icha?tak ada pun. Ke bilik kawin dorang kat lain? Tapi banyak gambar dia ni. Pelik. Ah! Tak payah fikir la baik aku mandi cepat2 dan tukar baju. Alamak! Period datang lagi. Aku dah la tak bawak benda alah tu. Mcm mana ni? Aku memanggil Jia dan akhirnya Jia datang.

"Weh,bulan dah mai. Kau ada benda alah tu?"

"Really? Sekarang? Jap aku tanya kak icha"

"Cepat weh!"

" jap!" Berlari Jia keluar dari bilik tal sampai 10 saat aku dengar pintu bilik dibuka. Oh cepat betul! Batman pun tak selaju ni. Light man kut.

"Jia! Cepatlah!" Jerit aku dari dalam bilik air. Aku dengar orang tersepak kerusi. Kenapa ni? Ke orang lain? Aku cepat2 menutup pintu bilik air.

"Siapa?" Soal aku kuat.

"Ian"

"Iyan? Iyan, panggil ibu cepat. Umi urgent ni" ujar aku. Aik. Tak ada balasan. Suara tak jelas la dalam bilik air tapi tak nak keluar.

"Ian besar ni. Papa Ian!"

"What?!" Terjerit aku. Malapetaka dah mai.

"Keluar! Aunty tak cakap ke saya guna bilik ni. Keluar awak! Now!" Arah aku geram. Halau tuan rumah nampak. Besar jawatan aku kan. Berlari Ian lari keluar dari bilik. Sempat laung sorry. Ish! Mamat ni menyusahkan aku je kerjanya.

"Fia!" Suara Jia.

"Cepatlah" Jia ke bilik air dan tangan aku keluar, hebat tak tangan aku keluar? Adui bahasa. Selepas benda alah tu bertukar tangan aku segera bersiap dan keluar dari bilik air. Pintu bilik aku kunci. Lega gila sekarang.

"Apesal kau terjerit tadi? Kau halau siapa?" Soal Jia. Dapat dengar suara aku sampai luar ke? Dahsyat.

"Hantu"

"Berani pulak kau halau hantu. Takut pulak hantu tu dgn kau" balas Jia lalu tergelak. Betul jugak kan? Pandai je aku ni.

"Weh, aku nak maghrib 27 ni. Kau lepak sini la eh?" Aku hanya mengangguk. Rumah orang jugak nak periodnya. Aku kunci pintu bilik bila Jia keluar takut banana fruit two times la. Badan yg rasa penat aku rebahkan atas katil mewah ni. Tumpang sikit je. Tapi lepas tu aku tak sedar apa dah sedar2 je ada orang ketuk pintu bilik. Bergegas aku ke depan pintu.

"Jia ni" aku buka pintu sedikit dan Jia masuk ke dalam. Mata yg masih berat aku genyeh.

"Tidur pulak kau eh. Siap la, orang dah ramai sampai"

"Ya la. Membebel mcm mak nenek" aku mencapai selendang yg tersadai atas sofa. Aku mula melilit tak sangka yg aunty tahu warna feveret aku. Dah la cantik baju ni. Pandai aunty pilih tapi tak tahula kalau ni baju isteri psiko tu. Tapi aku tak setinggi dia la. Baju ni saiz aku je. Jia minta keluar dulu. Aku lekatkan pin terakhir di atas kepala sebelum puas hati dgn penampilan diri sendiri. Pintu bilik dibuka, sama2 terkejut saling berbalas pandang. Psiko ni lagi! Kenapa pakai baju hijau? Saja je mamat ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience