BAB 5

Romance Completed 9361

"Encik, isi borang ni dan bayar yuran" aku hulur borang kepadanya. Dia tak menjawab dan isi borang dgn tenang. Gila punya orang. Jia masuk dgn dua cawan kopi,panas tak Jia? Aku nak halau orang ni. Syaitan dah datang. Aku kena tenang bila marah syaitan suka menghasut jadi tak nak jadi member syaitan kan?aku kena sabar.

duit berganti tangan. Ketar tangan aku tulis resit dan serahkan padanya. Bola mata aku dah keluar api rasanya.

"Dah selesai urusan kita. Encik boleh pergi" nak je aku cakap boleh blah! Nanti dia tegur aku punya language pulak. Ei. Nak mampus bapak budak ni.

"U should end our discussion with warm welcoming or anything else. Not this bad. Where is your etique" berangin satu bilik bila aku angkat kepala laju pandang muka dia. Etika aku pun dia nak tegur? Melampau dah dia ni.

"Saya tengah datang bulan ni! Silap hari bulan ada bulan atas kepala encik ni!" Ujar aku geram. Tak boleh nak sabar sangat dah dgn orang mcm ni. Tolonglah pergi. Dia sengih kenapa? Aku dari duduk pun dah terbangun ni.

"PMS,girls and excuses" dia bangun dari kerusi dgn angkuh dan butangkan dia punya kot. Bajet hensem la tu. Lepas tu dia keluar mcm tu je. Dah tu nak keluar mcm mana. Nak aku hantar sampai main door? Memang tak lah. Hantar pakai kaki nak? Tapi, dia sebut PMS tadi? Mak!!!! Malunya.... aku cakap ke aku tengah bercuti sekarang ni. Haah la, datang bulan, tersasul la pulak. Malunya. Eh bukan! Bencinya!!!!

Mamat tu memang dah spoil mood aku hari ni. Dah la tak boleh balik lagi sebab kena tunggu bapak boy ni datang ambil. Lupa nak cakap hari khamis sampai pukul 3 je bukan pukul 4. Dah la aku tak nak jumpa dia. Dah la susah nak cari teksi. Memang kereta ada tapi lesen dalam purse yg hilang tu. Mcm mana ni? Jia ni pun sibuk balik awal nak hantar baju kurung kat butik. Melawa je kerjanya. Ish! Yg aku hangin sangat ni kenapa?

"Umi, papa tak tahu ya table boy?" Soal anak kecil itu. Aku senyum dan memandangnya. Salah umi jugak sayang. Tak sempat nak ckap apa pun. Duk fikir marah je tadi.

"Tak syang. Umi tak sempat nak cakap. Kesian boy ya, kena main dgn umi je sebab papa Iyan bawak Iyan keluar"

"Boy tak kisah. Boy sayang umi. Boy rindu mummy,mummy duk jauh" aku peluk boy. Mungkin kisah dia sama mcm Iyan kut. Kesian pulak aku rasa kat budak ni. Tengah syok duk peluk2 dah mai dah malapetaka aku. Bukan utk orang lain lah.

"Boy! Come. It's gonna rain" boy berlari memeluk papanya dan mamat tu bukan main mesra senyum dan dukung boy. Aku tengok je la, dah buat tembok nak cair dgn mamat psiko perasan bagus tu.

"Bye umi!" Boy melambai pada aku dan aku membalas lambaiannya dgn senyuman. Aku duduk kembali di bangku. Nampaknya aku kena call abg suruh ambil aku kat sini. Tak ada gaya teksi nak singgah. Tapi kenapa kereta evo putih ni tak bergerak lagi? Nak tunjuk dia punya kereta ke? Poyolah. Tiba2 bunyi hon. Aku mendekati kereta itu dgn malas. Mungkin boy perlukan aku kut.

"I'll send u. Boy force me to" perlu ke cakap boy yg paksa?aku tak hinginlah!

"No,thanks" jawab aku selamba. Sorry tak layan.

"Umi, come. Nak hujan ni" boy tarik tangan aku dan aku ikut aje. Aku buka pintu belakang dan terus duduk tanpa pandang sesiapa.

lama aku diam dalam kereta dan sedar2 je aku dah sampai mana ni? Terkejut sangat ni! Banglo ke istana siapa pulak yg aku dah jejak ni. Aku berkerut berfikir. Tak faham apa yg tengah jadi sekarang ni.

"Ini bukan rumah saya" ujar aku risau.

"This is my house" rumah dia.

"Kenapa tak hantar saya balik?" Soal aku geram.

"U didn't say a word about your address. How i will know where is your house" kurang hajaq! Tanya je la mangkuk.

"Kenapa tak tanya?" Soal aku geram.

"Who do u think am i? I'm not a taxi's driver that will ask u. Nak ke mana puan?" Ya allah ya tuhanku. Sesungguhnya kesabaran ku dah nak habis. Tapi pandai jugak dia cakap melayu eh? Poyo je speaking london! Choi!!!!!

"Pa, nak hujan ni. Ajak umi masuk dulu" tangan aku ditarik. Aku ikutkan je lah lagipun malas nak gaduh dgn orang gila nanti aku sekali dilabel gila. Sebaik kaki aku melangkah masuk,gila kalau tak terpegun tengok rumah cantik ni. Besar bak hang! Lawa tok hang!

"Boy! Dah balik cucu nenek" boy berlari memeluk orang yg dia panggil nenek tu. Aku tayang senyum je. Pasangan tua itu terkejut dgn kehadiran aku dan aku hanya boleh senyum senget. Akhirnya mamat tu pun dah masuk dalam rumah.

"Ian,your guest?" Eh, nama dia Ian? Ian, Iyan or Ean? Which one? Pedulilah!

"Nope. Someone that lost in the wonderland" aku dah tak boleh sabar ni. Ingat aku ni Alice ke?dasar mulut jahat!

"Come on Ian" Tan Sri Ahmad dah tergelak dgn jawapan psiko ni. Aku tak nak cakap apa lagi dah.

"Nek, atuk, ni umi" ujar boy. Aku tersenyum dan menghulurkan tamgan utk bersalam dan salam aku disambut baik. Nampaknya tak sombong mcm anak dia.

"Duduklah dulu. Nenek nak tahu pasal umi" erk. Takkan orang lagi tua dari aku pun nak panggil aku umi. Hailah. Jangalah upgrade aku punya umur.

kami duduk di ruang tamu. Memang besar dan lawa gila rumah ni. Semua orang main passing pandang pulak.

"Umi ya?" Soal tan sri. Puan sri pun pandang aku.

"Sebenarnya, Umi Hafia. Panggil Fia je. Saya ni cikgu tadika baru boy. Kat tadika semua panggil saya umi. Jadi puan sri dan tan sri panggil saya Fia je" balas aku sopan. Mereka berdua dah tersenyum.

"Panggil aunty dan uncle je" balas mereka berdua ramah. Aku apa lagi? Senyum je la. Jeling mamat psiko ni tapi dia selamba je.

"Umi ni baik nek, atuk. Hari ni umi ajar doa masuk tandas. " erk! Adui la. Doa masuk tandas pun dia nak cakap ke. Dah ada dah orang buat sengih sinis. Malunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience