BAB 3

Romance Completed 9361

"Ya Allah, ampunilah dosaku. Kedua ibubapa ku. Isteriku. Adikku dan anakku. Sesungguhnya aku telah lalai ya Allah. Aku jauhkan diri dariMu sedangkan engkau mengujiku supaya aku dekat dgnMu. Ampunilah dosaku. Aku terlalu meratapi pemergian ini sedangkan aku tahu arwah kembali kepadaMu. Semoga arwah tenang di sana. Amin" aku dan Iyan mengaminkan doa abg. Abg berpaling ke pintu dan segera mendapatkan aku dan Iyan yg sudah terduduk di lantai dgn air mata kesyukuran. Badan kami dipeluk erat dan dahi aku dicium lama. Iyan dipeluk dan dicium bertalu talu. Sungguhlah doa itu senjata mukmin. Berkat doa Iyan papanya telah kembali. Kembali kepada kami seadanya. Yang pergi biarkan ia pergi kerana kita tahu dia pergi kepada Allah yg maha Esa. Yg hilang di dunia dah jumpa siratolmustaqim balik. Alhamdulilah.

"Maafkan abg. Maafkan papa" abg memeluk kami erat. Aku terus menangis di depan abg. Bukan kerana sedih tapi terlalu gembira kerana abg telah kembali. Terasa nikmat yg tak terucap.

"Maafkan papa Iyan" Iyan merangkul leher abg dan mata abg dikucup lembut. Segala sayang Aishah ada pada Iyan. Iyan memang seperti mamanya,dari mata turun ke hidung malah mulutnynya sekali. Rasa ketenangan menyapa wajah abg. Seperti ciuman itu datang dari isterinya . Badan Iyan di peluk kemas. Aku terus tersenyum dan menangis. Tangan kasar abg mengesat air mata aku dari gugur lagi dan aku dibawa kepelukannya. Kami bertiga berpelukan. Lama.

"No more tears. Please?" Pinta abg dan aku dan Iyan mengangguk. In sha allah. No more tears. Ya Allah, nikmat yg tak terucap rasa syukurnya. Alhamdulilah.

Aku dan abg sibuk bergaduh memasak di dapur. Sibuk je abg duk kutuk aku tak pandai menyiang ikan. Ei! Selama ni dia makan ok je?memang la mcm tragik sikit kat ikan tu tapi masih boleh dimakan ok?

"Apa yg bising tu Fia?" Soal Jia. Memang dia buat banglo ni dia yg punya dah main masuk tak beri salam. Tuan rumah pun beri salam sebelum masuk tau. Ha! Ternganga Jia bila tengok abg dah tak berjanggut bermisai lagi. Nak kata abg aku super hensem la tu. Tengok adik dia la! Abg pun pandang Jia pelik. Mesti abg ingat lagi kat Jia. Kuat doh partner misi aku ni membebel kat abg. Mungkin abg berubah sikit sebab bosan kena bebel dgn Jia.

"Mamat mana ni?" Soal Jia bila habis melopong. La! Ingatkan terkejut sebab abg hensem sangat tapi rupanya tak kenal pun. Aiseh, abg pun dah nampak lain sangat. Dulu mcm orang tarik tin kat jalan raya sekarang dah mcm profesor. Hahaha... melawak je lah.

"Ni abg aku la" aku jawab sambil tersenyum. Jia terlopong lagi. Aku sumbat jugak serai kat tangan ni.

"Really??? Alhamdulilah" terlompat Jia gembira dan dia hampir terpeluk abg sebab happy sangat. Jia memang mcm ni kalau happy sangat semua nak dipeluknya. Pokok kelapa pun jadi bila dia sedar or waras sikit dia peluk diri sendiri. Terover la pulak kan? Jia membetulkan tudungnya yg dah senget sebab happy sangat. Dia sengih sebelum memeluk Iyan yg santai di meja gelakkan keterujaan Jia. Ibu Jia dia la.

"Alhamdulilah. Good boy!" Jia angkat ibu jarinya kat abg. Aku dah gelak sakan. Ingat abg ni anak murid dia ke?aku menggelengkan kepala dan abg turut sama tersenyum sedikit.

"So, nak masak apa ni?" Soal Jia. Bila malu kejap je dah hilang dah.

"Abg nak masak asam pedas" aku angkat kening. Bukan tak tahu yg Jia ni hantu asam pedas. Walaupun tak sedap langsung asam pedas tu dia kata sedap jugak. Jadi kalau aku masak main campak je pun dia puji sedap. Mereng!

"Bestnya!!! Abg nak masak?" Soal Jia ceria. Dia mendekati abg yg tengah menyiang ikan. Sesedap rasa je abg aku dah daftar jadi abg dia pulak ya?

"Iyan, jom teman ibu tengok kartun. Dah ramai chef kat dapur ni" badan kecil Iyan didukung sehingga Iyan tergelak. Adush! Apa punya orang dewasalah si Jia ni. Abg dah buat muka blur. Memang jenis Jia selamaba badak je. Tak peduli orang lain dah. Ikut sesedap rasa dia je

"Banyak yg dia tolong abg" ujar abg bila Jia dah hilang.

"Maksud?" Soal aku blur.

"Abg pernah makan pelempang dia tau" terkejut gila aku bila dengar abg cakap mcm tu. Jadi pipi abg merah kelmarin bukan sebab jatuh tapi kena lempang dgn Jia? Tak pernah dalam sejarah aku dengar Jia lempang orang. Berani pulak Jia lempang abg aku. Tapi eloklah...aku pun kadang2 geram sangat kat abg.

"Dia lempang abg? Kenapa?" Curious ni

"Abg tak nak solat. Dia paksa abg solat. Dia cakap kalau abg mati sekarang pun tak ada guna. Dia cakap lepas tinggalkan Allah ingat Allah nak bagi abg can hidup dgn arwah dalam syurga nanti. Allah uji sebab nak abg rapat dan dekat dgn allah tapi abg pilih jalan lain. Bila abg faham dan sedar. Allah tak uji hambanya yg tak berkemampuan. Abg mampu solat tapi abg tak solat. Abg ada Iyan dan Fia tapi abg tak bersyukur. Bila dia lempang abg then dia cakap, kalau Iyan dan Fia tak de. Abg dah mati rasanya" aku menangis lagi. Tak sangka Jia yg brutal tu dah tolong banyak. Patutlah beria dia balik awal hari tu. Geram sangat dgn abg kut. Abg peluk aku dan kesat air mata aku yg mengalir.

"No more tears right?" Aku tersenyum dan mengangguk.

"Abg syukur Jia lempang abg. First time rasa bersyukur kena lempang " aku gelak kecil. Abg ni ada je.

"Tapi, Jia ada cakap. First time dia sentuh kulit lelaki ajnabi. Dah berdosa dah tapi dia puas hati dapat lempang abg" abg gelak lagi. Aku pun gelak sama. Adui la. Ustazah Jia ni memanglah kelakar.

"Sempat dia sambung. Laki dia pun tak merasa tangan dia lagi" kali ni aku gelak sakan. Kelakar la minah ni. Sepatutnya pakai sarung tangan sebelum lempang abg. Jia. Thanks!!!

"Bila nak masak ni? Bercinta sibling la pulak kat sini" tegur Jia. Aku dah tayang sengih lalu memeluk Jia erat.

"Apehal ni? Aku taj involve siblings hug ni" Jia menolak badan aku. Abg senyum pandang kami dan aku senyum pandang abg. Aku lepaskan Jia dan kembali ke meja utk sambung masak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience