BAB 10

Romance Completed 9361

"Sorry"dia terus tutup pintu dan keluar. Aku pegang dada yg berdebar bila tengok wajah dia yg bersongkok. Hensem... woi! Melalut dah.

Sebaik aku turun jumpa tetamu lain aku dipandang mcm ada buat salah. Pada masa yg sama mamat psiko tu turun dan berdiri sebelah aku tapi dia senyum je. Aku? Pelik la. Buat apa berdiri tepi aku? Duk jauh sikit benci ni. Dah la aku dgn dia je hijau, semua orang purple. Silap pilih warna kami ni. Eh,kami pulak! Aku la! Aku menjauhkan diri darinya. Tak kuasa mak nak duduk dekat dia.

Setelah doa selamat di baca tetamu mula dihidang dgn pelbagai juadah. Meriah gila weh rasa mcm ada orang kawin or tunang je. Aku yg syok makan kek coklat memang tak ingat dunia dah. Tapi bila aku nampak orang berpelukan di kolam renang aku nak tahu siapa. Bila terpandang kak icha aku dah boleh agak siapa lelakinya. Sweetnya... nak kawin jugak. Eh! Bukan psiko pakai hijau ke? Tu purple. Aku topang dagu pelik. Tengah aku cantik lopong ni la psiko tu nak singgah. Tak kan la kak icha curang. Aku yg tudung tutup cukup2 je ni pun tak terfikir nak curang. Apatah lagi kak icha yg bertudung labuh.

"What are u doing?" Soalnya.

"Buat bodoh"

"It looks like that. Exactly!" Geramnya aku.

"Who are u?" Dia pelik dgn soalan aku. Memang pelik pun.

"Ian Fadlan, why?"

"No. I'm not asking your name"

"So? I papa Ian then" aku buat muka. Malas nak melayan. Kalau aku tunjuk bini dia tengah peluk2 tu agaknya gaduh besar tak malam ni? Eh, belum sempat aku buka mulut kak icha dan lelaki sado disebelahnya tersenyum memandang kami. Eh? Ian ni senyum je, tak respon pun. Tak kan tak marah tengok bini dia kena peluk. Aku tersua kek dalam mulut.

"Fia, this is my hensem bro in law. Rafiq" tersekat aku rasa kek kat tengkuk aku. Tersedak kuat lalu jus oren milik Ian aku capai. Kacau sekejap suasana. Kak icha mengurut belakang aku dgn lembut. Untung kek kalau sudu bukan hospital namanya. Aku menahan perit. Jadi?! Ian psiko ni adik kak icha and boy tu anak Rafiq dan kak Icha. Ye lah. Ian Mikhail Bin Rafiq. Mcm mana aku boleh tak perasan. Aku tergelak kecil. Adoi la! Kelakar betul. Patutlah perangai lain benar. Boy baik tapi Ian? Hurm.... malas nak kutip dosa.

"Fia ok?" Soal kak icha.

"Ok."

"Sayang, jom masuk tidur. U should rest" aww... sweetnya. Aku dah senyum. Segan pulak tengok babak cinta romantis ni.

"Pergi berasmara dalam bilik la" Ian bersuara direct lalu gelak. Tak tahu malu betul mamat ni sekor. Boleh je dia cakap melayu. Kenapa jaki sangat nak cakap dgn aku bahasa dunia tu? Pelik! Aku hantar mereka berdua pergi dgn senyuman.

"Nak kawin. Sweetnya" tanpa sedar aku terkeluar ayat gedik mcm tu. Aku berdehem dan membetulkan duduk. Nanti mamat ni cop aku mereng pulak lack of apa pulak? Sense kot. Asyik nak bantai aku je.

Seronok aku layan perasaan datanglah minah entah dari planet mana join kami. Free hair. Seksi pun boleh tahan tapi masih pakai baju kurung moden. Aku pandang muka minah tu dan muka Ian pada masa yg sama. Muka Ian mcm benci gila kot.

"Ian,u look hensem today" minah tu puji.

"Hari2 aku hensem. Kenapa?" Perasan.

"Yeah. I know. But u look more hensem today" aku meluat. Ian psiko pun mcm meluat.

"Kalau aku tak pakai baju pun aku rasa aku hensem"erk. Terkejut aku. Jawapan apakah? Aku pulak yg malu.

"U are funny. Without shirt u look sexy" ok! Aku nak pengsan. Tak malu ke dorang ni. Rasanya baik aku blah je. Tapi nak tahu citer gak. Bertahan sikit je lagi lepas tu blah la.

"Kau pernah tengok ke?"soal Ian sinis. Dasar psiko soalan. Aku yg malu sekarang ni.

"Nope. But i will" gila tak malu punya minah. Nak muntah aku dengar. Dengan minah ni tak nak pulak speaking London dgn aku kemain. Bajet hot la tu.

"Bini aku je berhak!" Bak hang jawapan. Dengar dek bakal isteri cair. Aku sembunyi senyum. Rasa mcm nakal pulak jawapan poyo Ian. Mcm la badan dia tu aurat. Adess. Nakal jugak Ian ni rupanya.

"U will marry me right?" Ternganga aku terkejut.

"Tolong sikit. Tak elok kawin dgn sepupu sendiri"

"Says who?"

"Rasulullah" amboi. jawapan pak ustaz. Ha, lopong ikan minah ni.

"It's not haram right?" Jawapan tak nak kalah.

"Sape nak kawin dgn kau?" Soal Ian jelik.

"U!" Jerit minah tu sikit. Aku dah nak blah. Ni mcm nak gaduh besar je.

"Ni bakal bini aku. Satu ni je! Kau jgn nak berangan!" Terjatuh kek dari tangan aku. Mengarut apa pulak ni? Berpisat aku pandang ke belakang. Muka dia tenang je. Tolong sikit! Tak kuasa aku daftar jadi bini kau eh! Muka dan mulut mcm helang ada hati nak buat aku jadi bini. Simpan je la hasrat kau tu.

"She?" Soal minah tu sambil tunding jari ke muka aku. Amboi banyak cantik tunjuk jari dia. Bajet jari runcing la tu.

"Why? Tak layak?" Soal aku berlagak. Dah kenapa dia pandang aku atas bawah. Ingat muka aku ni tak de market ke? Memang la tak de pak we lagi tapi aku ni pun kalau jual laku kut.

"Ya! Who are u? Just a girl without nothing special" memang sepupu Ian psiko sebab mulut mintak kaki. Aku dah tercengang nak marah. Makan pelempang minah ni nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience