BAB 7

Romance Completed 52569

“Apa yang penting adalah restu keluarga, Encik Fawwas.” Tegas Najiha mempertahankan hubungan yang baru dibina itu.

“Tapi awak boleh buat pilihan sendiri, kan?” Najiha tersenyum dengan kata-kata Fawwas itu.

“Kalau pilihan sendiri tanpa restu ibu bapa pun tak ada gunanya. Lebih baik saya terima jodoh yang telah diaturkan oleh mereka.” Fawwas terdiam.

“Saya yakin, bercinta selepas berkahwin adalah lebih manis dan lebih indah lagi.” Najiha cuba mempertahankan prinsipnya.

“Tanpa awak mengenali akan hati budinya?” Duga Fawwas. Namun Najiha tidak mengalah disitu.

“Bukankah saya katakan tadi, ibu dan ayah tahu apa yang terbaik buat kita. Bukankah ikatan perkahwinan itu saling melengkapkan? Saya ada dia untuk menutup kelemahan saya. Begitu juga dengan dia. Dan saya yakin ibu dan ayah kita berkahwin pun dulu dengan piliha keluarga. Jadi tak salah,kan?” Najiha merenung Fawwas tepat ke dalam matanya.

“Tapi awak perlu tahu isi hatinya.” Perbualan semakin rancak dan panas. Najiha bagaikan tidak senang bila dia di’serang’ bertalu-talu begitu oleh Fawwas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience