BAB 8

Romance Completed 52569

“Jadi awak yakin dengan jodoh awak?” Fawwas masih lagi menduga Najiha dan dia mengangguk tanpa berfikir panjang.

“Saya tahu saya tidak sempurna. Namun saya tahu, ada ruang untuk saya bahagia. Kasih sayang dan cinta kita sendiri pun tak tahu bila ianya akan hadir. Namun pada saya, cinta dan sayang saya hadir saat saya dilamar dan direstui keluarga.” Cerita Najiha.

Fawwas mendiamkan diri. Begitu jauh dia mengelamun dan memikirkan apa yang telah diperkatakan oleh Najiha itu. Najiha memandang Fawwas. Dia menyalahkan dirinya. ‘Aduh! Aku banyak sangat cakap ke?’

“Saya minta maaf kalau saya ada menyinggung perasaan Encik Fawwas. Saya cuma berkata benar. Ianya benar-benar ikhlas dari hati saya.”

Fawwas menyambutnya dengan senyuman yang hambar.

Dia terpukul dengan kata-kata Najiha itu. Dalam diam dia menggagumi gadis itu. Akhirnya Fawwas mengalah. Dia mendiamkan diri.

*********
“Tak pe Encik Fawwas. Menyusahkan je. Tak pe saya boleh naik teksi je.” Najiha menolak pelawaan Fawwas. Dia sebenarnya risau. Nanti apa pula orang kata. Dan lagi satu dia tidak mahu dia ditanya dengan soalan-soalan peribadi seperti tadi.

“Tak menyusahkan pun. Lagi pun dah malam ni. Bahaya awak balik seorang diri. Marilah. Kereta saya ada di sana.” Tuding Fawwas ke arah keretanya di parkir. Najiha kemudiannya akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience