BAB 9

Romance Completed 52569

“Agak-agak awak bagaimana agaknya kehidupan awak selepas kahwin nanti?” sengaja Fawwas ingin menduga Najiha lagi. Ingatkan dah habis interview dalam lif tadi. Apa lagi yang ingin ditanya?

“Saya akan menjaga dia. Dalam erti kata saya akan menjadi penjaga, sahabat, rakan dan kekasih kepada dia. Saya tak kisah jika saya teruskan kerja sekarang ni kalau andai kata boleh membantu dia.” jawab Najiha yakin.

“Kuat betul kepercayaan awak kepada dia.” Najiha tersenyum. Fawwas benar-benar menduga perasaannya.

“Kepercayaan adalah penting untuk menguatkan jodoh kita, Encik Fawwas. Saya percaya kepada dia.”

Fawwas membiarkan perbualan mereka mati di situ. Namun begitu tanpa disedari dia mencuri memandang kepada Najiha.

“Sebenarnya dah lama saya anak luah.”

“Sayalah sebenarnya tunang awak Najiha.” Tercengang Najiha mendengar.

“Saya tak mengaku sebelum ini sebab nak duga Najiha. Dari awal lagi ibu bapa kita dah maklumkan pada saya. Saya teringin nak tengok Najiha dekat-dekat." Fawwas dah menyeringai senyum pada Najiha membuatkan Najiha rasa takut.

Najiha dah terdiam seribu bahasa dan tiba-tiba saja terasa degup jantungnya laju bila Fawwas memberikan reaksi sebegitu.

“Kenapa? Dah jadi bisu? Tadi bukan main dengan banyak cakap. Menjawab tak habis-habis.”

"Rupanya ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Abang dengar semua luahan Najiha dan membuatkan abang sedar dan yakin. Abang sedar, insan yang abang sunting selama ini memang benar-benar menyayangi dan menyintai abang. Malahan juga mempercayai abang. Kesetiaan Najiha membuatkan abang terharu.” jelas Fawwas lembut pada Najiha.
Berlinang air mata Najiha mendengarkan kata tulus dari Fawwas itu.

Share this novel

Mujisah Almuzie
2019-08-20 21:46:18 

apa cerita ni tergantung

Mujisah Almuzie
2019-08-20 21:46:18 

apa cerita ni tergantung

Mujisah Almuzie
2019-08-20 21:46:17 

apa cerita ni tergantung


NovelPlus Premium

The best ads free experience