BAB 2

Romance Completed 52569

Namun Najiha sering tertanya-tanya akan kehidupannya selepas berkahwin.

Berjumpa pun tak pernah, macam mana nak bincangkan hal dikemudian hari dengan bakal suaminya itu? Apabila ditanya, dia akan jawab antara acuh tak acuh.

Manalah Najiha tak susah hati memikirkan hal perkahwinannya nanti.

Termenung Najiha memikirkannya ketika sedang mengemas pantry.

"Apa kau termenung tu?" soal Jamalia yang baru masuk ke pantry.

"Tak ada apalah. Aku terfikir tentang masa depan."

"Jangan kata kau dan tunang ada masalah pula."

"Taklah. Tak ada pun jadi. Nak bercakap pun susah inikan pula kalau aku nak ajak berbincang."

"Kau ada berjumpa dengan tunang kau?" Pertanyaan dari Jamalia itu bagaikan soalan cepu cemas yang berat untuk dia menjawab. Akhirnya dia menggelengkan kepala.

Malas pula untuk bersoal jawab di dalam hal yang diutarakan oleh Jamalia itu. Dia sendiri pun tidak dikenalkan pada hari pertunangan berlangsung.

Yang datang cuma keluarga dan sanak saudara. Bila ibunya bertanya, bakal mertuanya meminta maaf. Cuma yang dia tahu ibunya memanggil tunangnya itu dengan nama Nazir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience