BAB 5

Romance Completed 52569

“Hah, memonteng ye.” Tersentak Najiha dan Jamalia apabila disergah sebegitu.

"Opocot mak kau." Spontan Jamalia melatah. Hampir bersilat dia dari atas kerusi.
Latif pula tersenyum seperti kerang busuk melihat Najiha. Kali ini dia melabuhkan punggung di sebelah Najiha. Najiha berkalih sedikit.
“Ala... Janganlah marah. Aku bergurau je.” Jelas Latif dengan sengih kerang busuknya itu.

"Najiha, esok Najiha free tak? Kita keluar nak?" Terbuntang biji mata Najiha mendengarkan pelawaan Latif itu. Tiba-tiba je pula Latif ni ajak keluar. Tak pernah pun rapat sangat tapi apa hal pula ni? Jangan kata nak mengorat sudahlah.

“Kau ni bukan main sombong sekarang ni ye. Aku ajak keluar je. Bukan nak buat apa pun.” Entah mengapa Najiha rasa meluat pula dia melihatkan telatah Latif yang dNajihasakan agak berlebihan itu. Siap pegang tangan lagi.

Sebelum ini tak ada pula dia bertindak seperti itu. Sekarang sudah agak keterlaluan.

“Eh, apa ni. Lepaskan aku. Maafkan aku, Latif. Aku tak boleh. Kau ajak orang lain jelah.” Tolak Najiha perlahan. Latif terdiam bagaikan mengerti Najiha tidak mahu kepada dirinya.

“Ala... Najiha. Kita pergi makan dengan tengok wayang je.” Pujuk Latif lagi. Mencuba agar Najiha bersetuju dengan pelawaannya.

“Maaflah Latif. Memang aku tak boleh. Aku harap kau faham. Maaf, aku ke surau dulu.” Najiha berlalu tanpa memandang ke arah Latif di belakang. Dia perlu menjaga maruah demi perhubungan yang baru bermula.

Memang benar kata orang. Dugaan di dalam bertunang memang kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience