BAB 1

Romance Completed 52569

“Selamat pengantin baru...
Semoga kekal abadi bahgia...
Ke anak cucu sentosa murah rezeki...
Alhamdulillah bertemu jodohnya...
Berkat kesucian akhir terlaksana...”

Riang sahaja Najiha menyanyi.

Saat dia disunting dan menjadi tunangan orang, dia merasa dunianya begitu indah. Saban hari dia hanya melemparkan senyuman yang tidak pernah dapat digambarkan.

Walaupun bukanlah pilihannya tapi entah kenapa dia gembira. Mungkin kerana melihat wajah gembira ibu dan abahnya jadi dia juga turut rasa bahagia walaupun dia sendiri belum pasti.

“Amboi... Kawan kita seorang ni. Bukan main lagi menyanyi lagu kahwin. Maklumlah orang dah bertunang. Dah nak kahwin pula tu.” Najiha tersenyum dengan usikan Jamalia itu.

Walau pun dia tidak pernah berjumpa dengan tunangannya itu namun dia berharap dengan jodoh yang telah diatur untuk dirinya adalah jodoh yang akan kekal abadi.

Dia yakin cinta dan kasih sayang boleh disemai kemudian. Yang penting kesediaan kedua-duanya ntuk membenarkan perkongsian hidup antara mereka.

Jamalia melabuhkan punggung di hadapan Najiha yang sedang duduk di pantry berehat. Segala kerja telah pun diselesaikan. Semua ceruk penjuru pejabat telah dilaksanakan tugas mencucui dengan sempurna.

Jamalia juga seperti Najiha, pembantu dan mengemaskan pejabat itu. Jadinya mereka berdua banyak menghabiskan masa berdua berbanding dengan staf lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience