BAB 4

Romance Completed 52569

" Ceria aje kau pagi-pagi ni? Ada apa-apa ke?" Saja Najiha mencuba meneka.

"Tak ada apa-apalah. Memang aku selalu ceria begini kan."

Najiha tersengih.

"Kau dengan encik tunang dah ok ke? Ada perubahan tak?" soal Jamalia sengaja mahu tahu jika kawannya itu sudah selesaikan masalah komunikasi dengan tunangnya.

"Macam tu juga la Jamalia. Mana ada berubah apa-apa." balas Najiha.

"Entahlah Najiha, aku rasa macam tak yakin dengan tunang kau tu kalau mengikut apa yang kau luahkan ni. Kalau memang betul dia nak jadikan kau sebagai isteri dia, sekarang ni juga dia dah berjumpa dengan kau. Uruskan hal perkahwinan kau dengan dia. Aku takut tak jadi je kamu berdua ni." Berdiri bulu roma Najiha mendengarnya. Dia memandang kepada Jamalia dengan penuh makna.

“Engkau janganlah bagi aku takut. Yang kau ni mulut macam tak ada insuran langsung. Cakap tak berlapik." Marah Najiha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience