BAB 4

Horror & Thriller Completed 1460

Seperti yang diterangkan oleh Shatila, Ramdan sampai di hadapan rumah banglo lama itu tepat pada masanya. Dihadapannya tersegam indah banglo lama yang sudah dijalari dengan akar pokok.

Banglo itu mempunyai dua tingkat dan mempunyai satu beranda yang usang dan dipenuhi daun kering serta ditumbuhi pokok liar.

“Baik aku masuk. Tak sabar rasanya nak jalankan aktiviti aku nanti.” Ramdan sangat teruja. Namun baru sahaja dia ingin melangkah, Ramdan dikejutkan dengan teguran seseorang.

“Kan aku dah cakap, tunggu aku dulu kalau nak masuk ke dalam!” Shatila menghalang keras. Tajam matanya merenung pada wajah Ramdan.

“Eh, alaa… kau ni Sha … takkan tu pun dah nak marah. Tapi kan, cepat juga kau kejar aku ek? Bukan ke tadi kau dah kehilangan jejak langkah aku.” Ramdan sedikit mengejek. Dibibirnya terukir senyuman sinis.

“Bukan kau tak tahu. Aku dah familiar dengan tempat-tempat macam ni. Kan ini tempat aku!”

Ramdan hanya menjongketkan bahu. Malas dia mahu bertekak dengan Shatila. Tahulah ini daerah dan kampung Shatila.

“Dah, jom ikut aku. Tapi ingat, aku bagi kau amaran sekali lagi. Kau nak sangat buat siasatan akiviti paranormal kau tu kan? Sekarang aku bagi kau tengok puas-puas. Jom!” Ajak Shatila.

Dia masih tidak puas memberikan amarah keras pada Ramdan, sahabatnya yang terlalu keras kepala.

Ramdan penuh megah menabik dadanya. Tiada perasaan takut terukir di wajah melainkan rasa teruja yang amat sangat. Dia pantas saja mendahului Shatila masuk ke dalam banglo lama tersebut.

“Wah, gila Sha. Benar-benar gila. Cantik banglo ni. Tak sangka ek, kat luar dah nampak macam mahu roboh tapi kat dalam tak ubah macam istana. Aku nak ambil gambar sikit boleh?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience