BAB 11

Horror & Thriller Completed 1460

Ramdan tetap bingung. Kotak fikirannya kosong melainkan dia mengingati baru semalam dia menginap di banglo itu bersama-sama dengna Shatila. Apa semua ni?

“Sudahlah Sha. Tenangkan dulu fikiran kau. Jom kita balik, tinggalkan tempat ni cepat. Tempat ni memang tak elok untuk kita.” Ajak Shatila penuh prihatin. Dia mengerti akan perasaan Ramdan ketika itu.

“Jap, aku ambilkan camera aku dulu.”

Takala Ramdan mahu mengambil camera dan beg galasnya, dia terkejut apabila melihat hanya ada satu beg galas kepunyaannya dan tidak kelihatan beg yang menjadi milik Shatila. ‘Apa semua ini?’

Sebelum melangkah, sempat dia menoleh ke anak tangga unik sebelum banglo. Ramdan ternganga. Hampir terlepas camera yang baru dicapainya.

Di satu sudut di ruangan atas, dia melihat satu lembaga yang memakai pakaian lengkap orang british satu ketika dahulu.

Ramdan menarik nafas. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang dialaminya. Segala gambar yang diambil serta sedikti video yang dirakam sewaktu berada di banglo itu seakan tiada ertinya.

Tiada lagi kelihatan banglo yang tersusun indah barangan antiknya melainkan satu keadaan rumah yang sangat usang dan kotor.

Ramdan menarika nafas panjang. Mungkin segala yang berlaku sukar untuk dipercayai tapi itulah kenyataanya.

Siapa Shatila yang sebenar, menemaninya sepanjang berada dibanglo itu? Dia tidak mampu menjawab.

Dia memeriksa lagi. Pada helaian gambar yang terakhir, kelihatan satu lembaga yang tidak jelas wajahnya tapi pakaiannya sama seperti yang dilihat sebelum meninggalkan banglo tersebut.

Sudahkah Ramdan menemui jawapan pada siasatan aktiviti paranormal yang dijalankannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience