BAB 8

Horror & Thriller Completed 1460

“Awalnya kau nak tidur Sha. Baru jam 10 ni.” Tegur Ramdan. Shatila menarik muka.

“Lebih baik aku tidur lari tengok kerja kau yang tak sudah tu. Aku ngantuk, nak tidur. Pandai-pandailah kau urus hal kau.”

Ramdan mengangkat bahu cuma. Kalau boleh sampai ke pagi dia mahu menjalankan siasatannya tanpa mahu melelapkan mata.

Biar dia dapat merungkai segala rasa ingin tahu di dalam hatinya. Meskipun suasana itu sedikit menyeramkan, ditambahkan lagi dengan bunyi-bunyian diluar banglo tapi ia sedikitpun tidak mematahkan semangat Ramdan.

Shatila mundar-mandir kegelisahan. Dia tidak pernah tenteram.

“Ya ALLAH macam mana ni? Dah sebulan Ramdan hilang. Sha yakin dia ada kat banglo lama tu. Tolonglah Sha carikan sahabat Ramdan tu ayah.”

Shatila memohon simpati. Ditelah mati mak, diluah mati bapak. Orang tua Ramdan juga tidak kurang hebatnya.

Mujur mereka tidak menyalahkannya atas kejadian yang menimpa, kerna sebelum hari kejadian Ramdan sendiri ada memaklumkan tentang perkara tersebut.

“Sabarlah Sha. Ayah bukan tak nak tolong. Tapi kau sendiri kan tahu. Sampai saat ini, semua cara kita dah ikthar. Pihak polis pun dah hampir setiap hari siasat perkara ni. Doakan aje yang terbaik untuk rakan Shatila tu. Insya ALLAH pasti dia akan ditemukan jua.

“Tukkk…. Tukkk….tukk…..”

Ramdan terkejut apabila mendengar ketukan di sebalik tangga unik di kiri mereka. Dia pantas mencelikkan matanya.

“Sha, bangun Sha. Kau dengar tak bunyi tu?” Bahu Shatila digoncang kuat. Semakin lama bunyi itu semakin kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience