BAB 5

Horror & Thriller Completed 1460

Ramdan sedikit melopong melihat keadaan dalaman banglo tersebut. Keadaannya masih utuh walaupun sudah menjadi tinggalan sejarah ratusan tahun yang lampau.

Masih tergantung sana sini barangan tinggalan sejarah zaman pemerintahan British. Di sebelah kiri mereka terdapat anak tangga unik yang kecil ukurannya dan sama sekali tidak sama seperti anak tangga yang biasa dilihat oleh Ramdan.

“Sha, tu anak tangga nak ke mana pula tu?” Soal Ramdan apabila melihat satu lagi anak tangga yang terdapat di sebalik anak tangga unik itu. Shatila hanya tersengih.

“Itu tangga menuju ke bawah tanah tapi sayang tangga tu tak sempat disiapkan dahulu.” Terang Shatila. Ramdan mengerut dahi.

“Kau kata tak pernah datang kat sini tapi apasal kau tak semua cerita yang ada kat sini. Kau tipu aku ek?” Ramdan sekadar menduga.

Sambil memegang kamera yang talinya digantungkan di leher, Ramdan memerhati lagi keadaan banglo itu.

Shatila hanya memerhati tanpa banyak soal.

“kat atas ada apa ek?” Soal Ramdan terus sambil jarinya menunding ke atas. Setapak dia melangkah ke anak tangga unik tersebut.

“Tak ada apa-apalah. Cuma ada bilik kosong yang sepatutnya menjadi bilik utama dalam banglo ni!”

“Aku naik kau nak ikut tak?”

“Kau tak takut ke dengan tempat ni, hah?!”

Ramdan sedikit terkejut apabila mendengar jerkahan tersebut. Matanya melilau sekiling.

Memang keadaan itu sedikit menyeramkan kerana ia nya gelap gelita. Hanya pancaran tembusan cahaya dari luar yang mewarnai ruang banglo itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience