BAB 9

Horror & Thriller Completed 1460

“Kau nak apa ni Ramdan ?” Shatila mendengus kasar sambil menggosokkan matanya. Ramdan memasang telinga. “Kau dengar tak bunyi tu?”

Shatila dan Ramdan berbalas pandang. Mereka mula merapatkan jarak. Lampu suluh digengam erat oleh Ramdan.

“kalau tak silap, tu datang dari tangga bawah tanah!” Ramdan menjerit.

“siapa buat benda tu?”

“aku mana tahu!”

“kau nak tengok tak? Kau kata nak siasat!”

Ramdan menggelengkan kepalanya pantas. Bunyi ketukan itu seperti bunyi seseorang sedang menjalankan aktiviti tukang-menukang.

Belum habis dengan bunyi ketukan, mereka dikejutkan lagi dengan bunyi bisikan di ruangan atas.

“ada orang ke kat banglo ni Sha ? Aku dengar ada oranglah.” Ramdan mula berbisik. Dia mula gelisah.

“Aku dengar itu sepertinya suara orang asing. Mungkin suara pemilik banglo ini satu masa dahulu. Nak aku tengok tak?”

Shatila tersengih melihat Ramdan yang mula mengigil. Wajahnya kelihatan biasa-biasa sahaja tapi suaranya sudah bertukar nada. “kau takut ke?”

“kau gila tak takut Sha ? Kau jangan kemana-mana. Kita duduk aje kat rumah ni. Kalau nak, kita tinggalkan tempat ni?”

“kata tak takut! Takkan itu aje dah naik hantu kau. Jomlah kita tengok sekali.” Umpan Shatila penuh sinis.

Belum sampai Ramdan berkata, Shatila penuh bersahaja menghayungkan kakinya menuju ke anak tangga menuju ke ruangan atas.

“Shatila, Sha ! Kau nak kemana tu? Janganlah!” Jerit Ramdan. Dalam kegelapan, dia berlari mengejar langkah Shatila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience