BAB 2

Horror & Thriller Completed 1460

Keinginannya sudah tidak mungkin dapat dilunturkan lagi. Lagipun bagi Ramdan, tidak salah jika dia mahu menerokai lebih dalam tentang perkara tersebut.

“Kau ingat makhluk ghaib, makhluk bunian, makhluk 2 alam tu tak wujud ke? Mana perginya didikan agama yang kau dapat? Kau tak belajar ke semua benda tu!” Shatila masih belum bisa meredakan geramnya.

Bagi Shatila, benda misteri seperti itu bukan benda yang boleh dibuat main-main. Silap langkah, mereka yang terkena akibatnya.

Dia bukannya seorang ustaz yang boleh mengusir benda-benda tersebut jika ia sudah menyerang. Belum tentu juga dia kuat iman nanti apabila benda itu benar-benar terjadi.

“Kau ni Sha. Hal agama tak mainlah. Bukan kau tak tahu aku ni pangkat A kalau subjek agama tau. Tapi aku cuma nak uji aje macam pengkaji yang melakukkan aktiviti paranormal tu. Takkan tak boleh? Kalau kau tak nak tolong aku carikan tempat-tempat yang penuh misteri cakaplah siang-siang. Aku boleh cari sendiri la.” Ramdan mula membebel panjang.

Sakit hati bila usulannya ditentang keras oleh sahabat yang selama ini selalu menyebelahi segala idea dan caranya.

Lama Shatila diam. Bukan dia tidak setuju, cuma kalau aktiviti itu hanya melibatkan mereka berdua dia memang ragu-ragu untuk mengikut Ramdan.

Entah apa benda yang dah merasuk sahabatnya itu sehingga nekad mahu menanggung risiko yang sangat besar. Tapi, jika dibiarkan sahaja sebaliknya juga akan terjadi. Ramdan yang keras kepala tidak mungkin dibiarkan sendiri.

“Baiklah kalau itu yang kau nak. Aku tak boleh nak paksa. Kat hujung kampung aku terdapat sebuah banglo lama tinggalan seorang ahli tentera British satu ketika dahulu. Banglo tu tak dapat disiapkan kerna British diistiharkan kalah pada ketika itu. Khabarnya, ramai orang yang melihat benda tak elok kat banglo lama tu. Kalau kau nak sangat, kau datanglah kat situ.” Shatila mula memberikan buah fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience