BAB 3

Horror & Thriller Completed 1460

Mahu tdak mahu dia mula mengalah. Mungkin tempat tersebut akan sedikit selamat kerna dia terletak dihujung kampungnya sahaja. Senang sikit mahu mendapatkan pertolongan orang kampung.

Ramdan melonjak keriangan. Impiannya bakal jadi kenyataan. Terbayang akan banglo tinggalan zaman British dahulu kala seperti yang diceritakan oleh Shatila.

Dia mula berusaha mengumpul seberapa banyak informasi berguna berkenaan dengan dunia ghaib, dunia paranormal yang sebenar atas niat yang ingin dilakukkan tidak lama lagi.

Ramdan mula mengeluh setelah hampir 15minit lamanya berjalan kaki, meredah belukar menuju ke bukit dimana terletaknya banglo lama seperti yang dikatakan oleh Shatila.

Shatila dibelakang sengaja memperlahankan langkahnya, berharap Ramdan membatalkan niat yang dianggap bodoh itu.

“Sha, jalanlah cepat sikit. Kau ni lembab lah. Kang malam nanti kita masih kat jalan tak sampai-sampai.” Rungut Ramdan. Dibahunya digalas sedikit makanan ringan buat bekalan seharian untuk menginap di banglo itu nanti.

“Aku dah cepatlah ni. Kalau kau nak sangat, kau jalan aje sampai kat depan. Mungkin lagi 5 minit kau akan jumpa bayang banglo tu. Aku nak rehat kejap la. Penat.” Adu Shatila yang sudah tercungap-cungap keletihan.

Ramdan yang teruja cepat sahaja meneruskan langkahnya. Sediktpun dia tidak menghiraukan Shatila di belakang yang sudah melabuhkan punggung di atas ranting kering.

“Ramdan, kau jangan nak celupar kat sana nanti. Kau ingat tu! Jangan masuk selagi aku tak sampai!” Jerit Shatila nyaring.

Ramdan hanya mengangkat tangan lalu memberikan tabik tanda mengerti. Shatila hanya menggelengkan kepalanya. Kalau bukan kerna dek terlalu letih, sudah lama dia menyusul pantas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience