BAB 7

Horror & Thriller Completed 1460

Ramdan menjerit. Takala dia mahu berdiri mengikut jejak langkah Shatila, kerusi malas yang terletak dihujung berhadapan dengan jendela bergoyang dengan pantas.

Ramdan cepat-cepat mengalihkan arah suluhan lampu suluh ditangan.

“Wahh!!!!”

Ramdan terjerit apabila melihat Shatila berdiri dihadapannya dengan wajah serius.

“Kau dah gila ke hah, Sha ? Tak kelakar dengan lawak bodoh kau tu!” Marah Ramdan sambil mengerut dada. Shatila hanya tersengih.

“Ada ke aku buat lawak? Kau tak takut ke tangok aku?!”

Ramdan melirik pantas pada Shatila disebelah. Shatila merenung tajam ke arahnya.

“Dah, tak penting aku nak tengok muka kau macam tu. Aku nak jadikan banglo ni bahan experiment bukan kau. Kalau macam nilah kelakuan kau, sampai bila-bila pun aku tak dapat teruskan siasatan paranormal aku ni!”

“Aku kau tengok tak layak ke jadi bahan experiment kau?”

Ramdan sedikit seram melihat keadaan Shatila. Sengaja dia mengetuk kepala Shatila bagi mengurangkan rasa seram yang sedikit sebanyak telah bertandang di dalam hati.

“Sha, aku letakkan kamera kat sini aje ek. Nanti kita pasangkan lilin sebatang dua aje, baru senang nak buat siasatan aku tu.” Cadang Ramdan setelah agak lama membisu.

Walau bagaimanpun sekalipun, dia akan tetap mahu meneruskan rancangannya yang sebenar kenapa dia mahu ke banglo tersebut. Shatila hanya mengangkat bahu.

Melihat Ramdan yang sudah mula sibuk memasang lilin, dia mula membentangkan tikar dan mengeluarkan selimut dari beg pakaian yang dibawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience