BAB 7

Mystery & Detective Completed 15489

Siti Syazwani memulakan tugasnya sebagai team leader dengan baik.. Dari
gerak gayanya itu tidak menggambarkan sedikit pun bahawa jururawat
terlatih ini mempunyai masalah mental..

Manakala Dr. Fikri bersama dengan MO mula melakukan rondaan pada kubikel
yang dia incaj.. Doktor lelaki itu menolak troli yang diletakkan laptop
di atasnya serta fail BHT pesakit..

"Macam mana hari ni uncle? Ada baik?" Soal medical officer pada pesakit
berbangsa cina itu..

"Baik.. sakit ada kurang.."

"Ermm.. ada rasa mencucuk-cucuk lagi tak?"

"Sudah tidak ada.."

"Rasa senak?"

"Itu senak sikit-sikit la.. kadang dia ada, kadang dia takde.."

"Ohh.. kadang-kadang la.. ok, nanti uncle pergi itu uitm sg buloh untuk
buat angiogram.. nanti ini doktor akan buat surat, surat tu bawak pergi
uitm sg.buloh sana.." terang MO pada pesakit tadi sambil menepuk bahu
Fikri.. Dr. Rizmy kemudiannya memandang Fikri..

"Patient ni kiv discaj dulu, petang ni kalau electrocardiogram dengan bp
dia ok baru boleh discaj.. refer uitm untuk angio lepas tu follow up
dekat sini macam biasa.."

Dr.Fikri mengangguk sambil menulis plan MO tadi pada continuation sheet
yang disediakan dalam setiap fail pesakit.. Mereka kemudiannya
meneruskan rondaan pada katil lain pula..

Siti menulis nama setiap pesakit pada buku dietetik dan sajian.. Dia
memastikan semua nama patient ditulis, jika ada nama yang tercicir jadi
satu hal pulak dia nak kena belanja patient makan..

"Ada patient yang soft diet tak?" Soalnya pada rakan setugasnya..

"Bed 11 tu soft diet kak.. bubur.." sahut Anisah yang sedang membuat
persiapan untuk mencuci luka pesakit..

"Eh Nisah, kau incaj C kan? Kan doktor tengah round tu, kenapa tak ikut
sekali? Kena dengar jugak plan doktor, karang kalau sister nampak kau
kat sini teruk kau kena marah.. dressing tu kejap lagi boleh buat.."
tegur Siti lembut pada staff yang baru sebulan berkerja disitu..

Fikri bergerak menuju ke whiteboard yang bertulis nama pesakit.. dia
mencapai marker pen lalu menulis kiv discaj pada kotak kecil
bersebelahan nama pesakit bed C3..

Saat Fikri meninggalkan papan putih tadi, kelihatan ada kertas kecil
yang tercicir dari fail yang dipegang oleh lelaki itu..

"Doktor Fikri.. tu, nota doktor jatuh.." tegur Siti kemudiannya
menghadiahkan secangkir senyuman manis buat Fikri..

"Errr.. terima kasih.." balas Fikri teragak-agak.. dia merenung wajah
Siti.. gadis itu nampak lain, solekan nipis yang digunakan menyerlahkan
kecantikan semulajadinya berbeza dengan yang semalam.. nampak garang sikit..

"Sama².." balas Siti ceria.. Fikri tersenyum basi.. elok pulak minah ni
hari ni.. dia mengangkat bahu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience