BAB 13

Mystery & Detective Completed 15489

"Doktor, Dia tipu saya.. Dia tak sayangkan saya.." Wani mengadu pada
Fatihah sambil menangis didalam bilik.. Fatihah berjaya menenangkan Wani
dari terus-terusan mencederakan dirinya sendiri..

"Fikri sayang Wani.. Sayang.. Kalau dia tak sayang Wani takkan la dia
nak kawen dengan Wani kan.."

"Tak, dia sayang Siti.. Saya tak tau lagi dah macam mana nak bagitau kat
dia yang saya sayang sangat kat dia.. Patut ke saya potong jari dia?
Atau.. atau.. Errr.. Saya.. Saya tikam sebelah pinggang dia pulak?" Soal
Wani bersungguh-sungguh.. Memang nampak sangat psikonya.. Fatihah
menggeleng..

"Berdosa buat suami macam tu tau.. tak baik.. kesian kat dia.. kalau
Wani betul² sayang kat dia, Wani takkan menjadi Wani yang sekarang..
Mesti Wani lembut macam Siti.."

"Lembut macam Siti?"

"Ya.. lembut macam Siti.. cuba ingat balik layanan Fikri masa Wani jadi
Siti.. Rasa bahagia kan?" Pujuk Fatihah lagi.. Pesakitnya ini merasa
dirinya terabai, Fikri sumber kekuatannya.. Lelaki itu sepatutnya perlu
memahami Wani lebih daripada Siti, kerana yang merasakan dirinya tidak
mendapat perhatian adalah Wani bukan Siti..

Wani mengangguk lemah.. Dia kecewa.. Dia memandang Fikri yang berdiri di
pintu bilik.. Wajah itu ditenung lama.. Fikri membalas renungan itu
sepenuh kasih sayang, berharap agar Wani sedar semula menjadi dirinya
yang sebenar iaitu Siti..

"Abang.." Panggil Wani lemah.. Dia menghadiahkan senyuman buat suaminya
itu..

"I love you.." ujarnya lembut.. Laju Fikri menghampiri perempuan itu
lalu memeluknya.. Alhamdulillah Siti dah kembali.. I love you too..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience