BAB 14

Mystery & Detective Completed 15489

Siti tidur akibat keletihan yang melampau.. kepalanya yang benjol
disebabkan hentakan kuat pada besi tangga dituam oleh Fikri.. Fikri
memandang wajah Siti yang sedang lena.. Dia mengeluh.. Terasa dirinya
gagal menjadi seorang suami..

"Kita dah tak boleh biarkan keadaan dia terus macam ni.. Kena bawak dia
pergi hospital.. Tak mustahil kalau dia bangun nanti dia jadi Wani,
sebab yang merasakan kurang kasih sayang tu Wani.. jiwa dia memberontak,
cari perhatian kau.."

"Entah la doktor, kadang² tu memang hilang sabar saya tapi kekerasan tu
takkan dapat pun tenangkan dia jadi saya hanya mampu pujuk dia untuk
jadi Siti je lah.."

"Saya paham.. memandangkan emosi dia dah makin teruk dan ubat yang dia
ambik pun dah tak bagi kesan dekat dia dalam jangka masa pendek,
nampaknya kita kena bagi rawatan ECT atau elektrokonvulsif pada patient.."

"Saya pernah belajar basic untuk rawatan ni dulu.. Seingat saya, caj
elektrik bervoltan akan disalurkan kepada otak melalui bahagian tepi
tempural kepala patient.." Dahi Fikri berkerut untuk mengingati semula
apa yang telah dipelajarinya dulu.. Ada sedikit keresahan berlegar
diwajahnya..

"Ya betul.. kita pakai caj elektrik bervoltan rendah semasa patient
dalam keadaan seizur.. tak lama pun, 20 hingga 30 saat saje jangka masa
rawatan.. kau tak payah risau lah, rawatan ni selamat.. Cuma yang
menjadi masalah kalau-kalau time tu watak Wani yang dimainkan oleh Siti,
dia mungkin akan jadi lebih ganas masa nak jalani rawatan.." ujar Fatihah..

Siti Syazwani harus diberikan rawatan dalam masa yang segera kerana
kemurungan yang dialaminya sudah semakin parah, keadaan ini akan menjadi
semakin bahaya sekiranya dia mula berhalusinasi.. Dia boleh mencederakan
orang disekelilingnya kerana merasakan dirinya terancam sedangkan
keadaan sebenar tidaklah mendatangkan apa² ancaman pun.. objek atau
manusia yang dilihat akan berubah menjadi sesuatu yang lain seterusnya
akan datang pula bisikan² halus meminta dia melakukan perkara yang
memudaratkan orang lain..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience