BAB 17

Mystery & Detective Completed 15489

Hari ini Fikri melunaskan janjinya untuk membuktikan kasih sayangnya
kepada Wani.. Wani ditutupkan matanya, dia ingin membawa Wani ke tempat
yang istimewa.. Wani teruja..

"Nanti dulu.. Jangan bukak mata lagi.. nanti tak surprise la sayang.."

"abang ni buat Wani suspen la." Balas Wani manja..

"Sekejap.." pujuk Fikri lembut..

Fikri cuba mencucuk ubat bius dengan berhati-hati dan pantas pada lengan
Wani.. Isterinya itu menjerit sebelum tersandar lemah pada dadanya..
Wani diserahkan pada Dr.Fatihah untuk menjalani rawatan ECT..

*************************

Wani membuka mata, dia berada dalam satu bilik namun tidak pasti dimana
lokasinya.. kewangian aroma bunga lavender mencucuk masuk pada deria
baunya.. Dia lihat ada lilin² kecil berwarna-warni disusun sehingga
menjadi bentuk "love"..

Suasana harum bunga lavender dikelilingi lampu lilin berserta dinding
yang bertampal gambar dia dan suaminya bersama dengan gubahan bunga rose
menambahkan lagi suasana romantis..

Wani melihat tubuhnya yang dibaluti dengan gaun labuh berwarna ungu
lembut pada cermin yang ada disitu.. Rambutnya tersanggul rapi.. Dia
tersenyum, dia sukakan suasana ini.. Tiba-tiba ada bunyi alunan piano
memecah keheningan di gegendang telinga namun piano dan pemuziknya tidak
kelihatan..

"Shall we?" Tegur suara garau di belakang.. Wani melihat doktor cintanya
berdiri memakai sut berwarna ungu gelap.. lelaki itu menghulurkan tangan
mempelawa Wani untuk menari bersama.. Wani terharu..

Mereka juga dihidangkan dengan makanan western barbarian mix grill
kegemaran Wani dan Siti.. Appertizer dan dessert tidak kurang hebatnya,
pendek kata hari itu menjadi hari paling indah dan romantis buat Wani
dan Fikri..

Sebenarnya itu adalah rawatan terapi minda aroma-terapi iaitu perubatan
alternatif melalui tumbuhan alam semula jadi serta wangi-wangian..
Kaedah rawatan yang holistik ini mengambil kira kesan dari segi minda,
jasmani dan kerohanian..

Sistem rawatan ini dapat merangsang sistem imunisasi tubuh secara tak
langsung sekaligus mengubah suai ketahanan diri dari sebarang penyakit
termasuk gangguan jiwa..

***************************
"Awak adalah Siti Syazwani, Siti dan Wani adalah orang yang sama..
Sekarang, lenyapkanlah segala kekusutan yang bersarang dijiwa awak..
tinggalkan segala kesedihan itu tanpa menoleh ke belakang lagi kerana
bahagia awak sedang menanti didepan.." Dr.Fatihah melakukan rawatan
hipnosis buat Siti Syazwani..

"Sekarang, beritahu saya siapa awak.."

"Saya Siti Syazwani.."

"Sape Siti dan sape Wani?"

"Saya lah Siti dan saya lah Wani.. Bukan orang yang berbeza.. kitorang
adalah sama.."

"Ok.. Tapi, sebelah saya ni sape?" Tunjuk Fatihah pada lelaki disebelahnya.

"Kesayangan saya, Muhammad Fikri.." balas Siti Syazwani dengan ceria..

"Well done.."

Lampu kalimantang dihidupkan, lampu meja kecil itu dimatikan.. Rawatan
sudah pun selesai.. Siti Syazwani dibenarkan pulang ditemani Dr.Fikri..
Pasangan itu menjalani hari² mereka dipenuhi kasih sayang dan
kebahagiaan.. Alhamdulillah..

***************************

Lapan tahun kemudian..

"Tak nak! Syirah tak nak anak patung barbie ni! Syirah nak anak patung
Chucky tu!" Basyirah mengamuk apabila kehendaknya memiliki anak patung
chucky pembunuh itu tidak dituruti ayahnya..

"Anak patung barbie ni lah.. kan cantik ni.. Anak ayah Siti ni baik kan?
Tak mau lah anak patung Chucky ni.. ambik anak patung barbie ni ya
Siti.. Sayang Siti.." Pujuk Fikri.. Dia bermain psikologi dengan anaknya
Siti Basyirah..

"Ermmm.. ok, sebab ayah sayang Siti.. Siti nak yang barbie ni lah.."
Siti Basyirah cair dengan pujukan ayahnya itu..

Selepas menjelaskan bayaran di kaunter, Fikri dan anaknya mendapatkan
Siti Syazwani yang sedang menanti di Restoran Bubba Gump bersama
anak lelaki mereka Muhammad Amir.. Esok mereka akan membawa anak sulung
mereka ini bertemu dengan Pakar Psikitari jadi hari ni Siti Basyirah
perlu diterapikan jiwanya dengan membawa dia berjalan-jalan.. Jika tidak maka suasanan rumah yang tenang akan bertukar seperti perang dunia kedua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience