BAB 2

Mystery & Detective Completed 15489

Wani menemani Fikri yang ditempatkan dalam wad kelas 1 hospital
selayang.. jari jemari suaminya itu digenggam erat..

"Kenapa tikam pinggang? Kenapa tak tikam kat jantung terus?" Fikri
tersenyum hambar.. pinggangnya menerima lapan jahitan, lukanya tidak
terlalu dalam.. mujur pisau tumpul yang digunakan oleh Wani, dia tidak
dapat membayangkan sekiranya pisau tefal yang digadak ke pinggangnya tadi..

"Kalau wani tikam jantung nanti abang mati, wani dah la sayang abang.."
wani bermain² dengan branula yang dicucuk pada belakang tapak tangan
suaminya itu..

"Sakit sayang! Kan jarum tu.." marah fikri.. dia mengalihkan tangan
wani.. tangan wani dicium..

"Abang rindu dengan isteri abang yang lagi sorang.. yang layan abang
baik².." ujar Fikri sambil menatap mata isterinya.. Wani membalas
pandangan sayu doktor itu..

"Nanti esok dia datang la.. malam ni turn isteri abang yang kejam ni.."
wani mencebik..

"Janji dengan abang lepas ni jgn buat abang macam ni lagi, kesian kat
abang.. hmmm?" Fikri menggosok kepala wani lembut.. dia mengetap
bibirnya menahan sakit yang sekali sekala datang menjengah.. isterinya
itu hanya mengangguk..

Memperisterikan wani benar-benar mempertaruhkan kehidupan lelaki itu..
Saat dia bersedia menerima perempuan itu dalam hidupnya dia telah
berjanji dengan dirinya sendiri untuk menerima sebarang risiko.. Gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience