BAB 15

Mystery & Detective Completed 15489

"Abang.." Siti memegang lengan Fikri.. Habis hilang bertaburan ingatan
Fikri berkenaan perbualannya dengan Dr.Fatihah..

"Ya.." Jari jemari Fikri menghelus rambut Siti..

"Siti rasa macam Siti dah tak dapat nak kawal diri Siti lagi dah.. Tak
tau kenapa rasa macam marah, geram, sakit hati sangat sekarang ni..
Abang sayang Siti tak?" Luah Siti sejurus selepas membuka mata.. Dia
lega melihat Fikri ada disisinya..

"Mestilah sayang.. Siti abang sayang.. Wani pun abang sayang.. Dua²
abang sayang tau.."

"Iya?"

"Iya.. muka abang ada nampak macam tipu ke?"

"Tak.. jujur.." Siti bangun.. Dia memeluk Fikri.. Kepalanya direbahkan
di bahu lelaki itu..

Siti kemudiannya tersenyum.. Senyuman yang penuh muslihat.. Pandangan
matanya tajam..

"Sayang abang jugak.." balas Siti..

Dia kemudiannya menggigit bahu Fikri sekuat-kuatnya.. Fikri tersentak..
Wani?! Suaminya itu menjerit kesakitan.. Air mata mula menerembes laju..
Sakit yang teramat sangat..

"Sakit ke?" Wani merenung mata Fikri mencari kebenaran.. Kahkahkahkah..
Wani terasa puas, dia terus bangun lalu menarik rambut Fikri.. Ingin
diheretnya lelaki itu keluar dari bilik..

Dalam keadaan yang begini, Fikri tidak mampu lagi bersabar.. Dia
membalas serangan Wani.. Tangan isterinya itu dipulas.. Memang secara am
nya Fikri akan dilabel dayus namun dia terpaksa, Wani memang sudah tidak
boleh diberi muka.. Isterinya itu menjerit lalu dibawa masuk ke dalam
bilik air yang memang ada di dalam master bedroom itu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience