BAB 16

Mystery & Detective Completed 15489

Wani dimandikan dengan air sejuk untuk meredakan kemarahannya..
Perempuan itu meronta-ronta.. Tangannya mencapai cermin segi empat yang
tergantung pada dinding lalu dihentakkan ke kepala Fikri.. Ada cecair
likat berwarna merah keluar dari ubun kepala doktor itu, dia akhirnya
rebah..

Melihat keadaan itu, tubuh Wani menggigil.. Dia takut kalau suaminya itu
mati.. Dia tidak mahu kehilangan Fikri.. Tak nak! Wani sayang abang!

Wani mendekati Fikri yang pengsan.. Kepala Fikri yang berdarah
disentuh.. Dia meraung.. Tubuh Fikri digoncang.. Dia menangis sambil
memujuk Fikri supaya bangun..

"Wani.." panggil Dr.Fatihah di sebalik depan pintu bilik air.. Entah
dari mana munculnya pulak..

"Doktor.. tolong.." Wani merayu pada Fatihah..

"Ya.. saya tolong awak.." Pujuk Fatihah..

Muncul beberapa orang lelaki dan perempuan beruniform menghampiri, namun
yang peliknya mereka tidak mendekati Fikri sebaliknya menghampiri Wani..
Wani dapat merasakan sesuatu yang tak kena..

"Jangan dekat! Kalau tak aku bunuh dia ni.." Wani mencapai serpihan kaca
yang bertaburan di atas lantai lalu disuakan di leher Fikri yang
terbaring tidak menyedarkan diri.. Serpihan tadi tergores sedikit pada
leher suaminya.. Tapak tangan Wani turut berdarah akibat mencengkam kuat
serpihan kaca tadi namun tiada kesakitan yang dirasa olehnya.

Keadaan menjadi semakin cemas, dengan berhati-hati dan perlahan Fikri
menggerakkan tanganya menolak tubuh Wani lalu direbahkan ke lantai..
Staff hospital turut membantu..

Wani dipegang keluar dari rumah untuk dibawa ke hospital menaiki
ambulans.. Dia melompat-lompat sambil menghentakkan kaki dan
menjerit-jerit memanggil Fikri..

Suaminya itu menangis melihat keadaan isterinya ini, dia tewas.. Egonya
runtuh.. Sudah menjangka perkara ini akan berlaku, segalanya telah pun
dirancang olehnya dan Fatihah.. Sudah lama staff perubatan bersedia di
luar kamar mereka tadi..

"Abang! Abang! Tolong Wani! Abaaannnggggg!!" Wani berteriak seperti
hendak terkeluar anak tekak..

Hati Fikri pedih melihat keadaan itu, dia akhirnya bertindak menarik
Wani dari pegangan manusia lain..

"Lepaskan isteri saya.." Fikri memeluk tubuh Wani yang menggigil
ketakutan itu dengan erat..

"Dr.Fikri.." Tegah Fatihah.. Fikri menggeleng sayu seolah merayu..

"Mintak maaf doktor, saya tak sanggup nak tengok isteri saya dibawa ke
hospital dalam keadaan macam ni.. Walaupun dia sakit, tapi dia masih ada
maruah.. Aib dia saya kena jaga.." balas Fikri tegas..

"Abang.. tsk..tsk..tsk.. Wani takut.. Abang jangan la tinggalkan Wani.."
Wani merayu sambil menangis teresak-esak.. dia benar-benar ketakutan..
Fikri memegang kedua belah pipi isterinya.. Rambut yang basah berserabai
itu dielus lembut..

"Tak sayang.. Abang takkan tinggalkan Wani.. Kita masuk dalam.. Ok?"

Fikri mencium dahi Wani lalu mereka masuk ke dalam rumah meninggalkan
Fatihah berserta beberapa orang pembantu pegawai perubatan.. Fatihah
terpaksa akur dengan keputusan Fikri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience