BAB 8

Mystery & Detective Completed 15489

Semakin hari bertugas di wad itu membuatkan Fikri berasa selesa dengan
Siti, dia lagi suka kalau Siti pun incaj kubikel yang sama dengan dia..
Siti yang ini nampaknya lebih lembut dan profesional berbanding wani
hari tu.. Tutur bahasanya juga sopan.. Sudah tidak nampak lagi bayangan
Wani pada gadis itu.. Dr.Fikri akhirnya mengakui bahawa dia sudah mula
jatuh cinta..

"Hahahahh.. aku rasa sekarang ni baik kau refer psikitari, simptom tu
nampak dah.. ke kau nak aku buat refferal letter? Aku boleh spoken
dengan specialist sana.." Perli Raj pada Fikri didalam pantri.. Mereka
makan tengahari bersama.. Makan bungkus je, nak lepak lama² kat kafe tak
boleh.. Ada tanggungjawab lain yang menanti..

"Cett! Kau perli aku Raj.. aku serius ni.." Fikri menguis-nguis nasi
putih dalam polisterin..

"Kau betul² dah sedia ke? Risiko dia besar tau.. Macam ni lah, apa kata
kalau kau pergi jumpa Doktor Fatihah.. Doktor Fatihah ni specialist yang
handle kes si Siti atau Wani ni.." Raj memberi cadangan.. Fikri mengangguk..

********************************

"Putus tunang?" Fikri terlopong.. Tak sangka putus tunang pun boleh buat
orang jadi mental sampai tahap macam ni sekali..

"Yup, kekecewaan yang membuatkan dia mengalami kecelaruan emosi dan
kemurungan melampau.. biasa dengar kan perkataan "awak terlalu baik
untuk saya".. ini antara faktor penyumbang, dia tak boleh terima yang
perkataan tu sebenarnya adalah ayat reject jadi dia yang mempengaruhi
diri dia untuk bertindak kejam.. mencari perhatian.." Terang Fatihah
lancar..

"Wani jugak menjadi obses terhadap seseorang, dia menunjukkan kasih
sayang itu melalui cara yang kejam.. Dia percaya makin sakit dia buat
seseorang itu, bermakna makin dalam kasih sayang dia kat orang tu..
bunyinya menakutkan kan? jadi, bila dah nampak Siti ni berubah menjadi
Wani, kita kena pujuk si wani dengan cara yang lembut untuk dia kembali
menjadi Siti.. Alhamdulillah, lately ni nampaknya perkembangan dia
sedikit baik.. watak wani jarang sekali muncul, sebab tu pengarah
memberi peluang kat dia.. tapi, yalah kita pun tak boleh nak terlalu
confident.. bila-bila masa je Siti boleh berubah menjadi wani yang
agresif.. so, bulan ni tempoh perkhidmatannya akan ditamatkan.."

Dr.Fikri merenung tasik buatan manusia yang terbentang luas
dihadapannya.. Kata² Doktor Fatihah tadi benar-benar memberi kesan
kepadanya..

Keputusan ini akan merubah hidupnya.. Apakah dia benar² bersedia untuk
menggalas tanggungjawab ini? Ya, aku bersedia dengan sebarang
kemungkinan.. Fikri mengangguk yakin..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience