BAB 6

Humor Completed 11676

Tasha mengeluarkan cermin di dalam begnya. Dia membetulkan rambutnya dan menuju kea rah meja Amran setelah melihat Amira beredar.

Amran memandang kea rah Amira. Dia terkawa kecil.

‘’Aku suruh kau tackle bukan suruh langgar dia, adoi’’ detik hatinya. Amran hanya melihat keduanya saling mengutip buku dan file yang tertebaran di atas lantai.

‘’Hai Amran,’’ Tasha memulakan teguran.

‘’Eh Tasha, hai,’’ Amran memandang gadis itu. Sungguh menawan penampilannya. Tasha anak gadis Tan Sri Anuar.

Keluarga mereka mengenali satu sama lain. Seringkali ibu Amran, Datin Fauziah mengajaknya ke rumah Tan Sri Anuar tapi di tolak dengan pelbagai alasan.

‘’Ermm Am, hari ni birthday Tasha taw,’’

‘’Oh eh, sorry2. Happy birthday Tasha,’’

‘’Eh tak per, thanks. Ingat nak ajak you keluar celebrate, you taw kan family I sume kat UK sekarang,’’

‘’Ermm,’’ Amran sudah mengagak tujuan gadis itu. Datin Fauziah sudah mengingatkan dia supaya membawa Tasha makan malam di rumah mereka malam ini.

‘’Please,’’ Tasha membuat muka kasihan. Mengharapkan Amran setuju. Amran masih berfikir. Dia menjeling kea rah Amira. Rakan baiknya itu sedang berbual dengan Iqram. Kelihatan wajahnya tersipu malu. Muncul perasaan cemburu dalam hati Amran.

‘’Ok malam ni, kita makan kat rumah I lepas tu kita keluar,. Ok?’’ Entah apa yang mempengaruhi keputusan itu.

‘’Yes, janji taw,’’ Tasha tersenyum riang.

Amran. Satu-satunya lelaki yang paling sukar di taklukinya. Sebenarnya mereka membesar bersama. Malah satu sekolah rendah sebelum dia berpindah ke Kuching. Dulu Amran agak selekeh dan gemuk sebelum penampilannya berubah.

Lagu Miranda Gosgrove kedengaran. Hampir 2 kali. Amran membiarkannya. Tasha mengjeling pelik.

‘’Kenapa tak angkat?’’tanya Tasha pelik. Mereka dalam perjalanan ke panggung wayang.

‘’Biarlah,’’ dengus Amran. Suaranya sedikit tinggi. Dia banyak mendiamkan diri di meja makan tadi. Beberapa kali Datin Fauziah mengusik mereka berdua. Pasangan secocok katanya. Tapi kebanyakan tidak mendapat perhatian Amran.

Seolah-olah jasadnya sahaja yang berada di situ. Hatinya menerawang memikirkan tentang Amira. Selepas makan tadi siapa sangka Iqram mengajak Amira menonton teater Seindah Hati di panggung budaya university. Hatinya meronta dari sesuatu. Adakah aku cemburu.

Tasha tersentak dengan suara Amran. Dia cuba mengubah topic perbualan.

‘’So betul you nak kita tunang tengah tahun nanti,’’

‘’Erm,’’ Amran hanya mengiakan dengan endah tak endah.

‘’Ok,’’

‘’Sorry what, tunang?’’ Amran mula tersedar. Dia memandang Tasha.

‘’Yup tunang, datin cakap nak kita tunang bulan 5 nanti. You macam setuju je tadi,’’

‘’Eh no, ada misunderstanding. Kita kawan je, tak lebih. Nanti I explain dekat mummy,’’

‘’Tapi you dah setuju tadi,’’ suara Tasha mula serak.

‘’No Tasha. I not love you, you know that right?’’ Amran hanya membiarkan gadis itu yang hampir menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience