BAB 3

Humor Completed 11676

Langkah aku berat. Berat seolah-olah ada 10kg batu terikat pada kaki aku. Apakah perasaan ini? Kecewa? Aku patut gembira untuk kau Amran. Pujuk hati Amira. Hujan gerimis mula mengundang di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini.

Amira membiarkan titisan-titisan itu hinggap di tubuhnya. Menggigit kulitnya. Mencengkam hati. Keadaan stesen bas itu sudah sunyi tanpa seorang manusia. Angin bertiup kuat hingga mendatangkan kesejukan menusuk ke tulang. Amira berdoa terdapat bas yang sudi menyinggahi stesen itu walaupun hakikatnya bas terakhir sudah berlepas kira-kira 15 minit yang lalu. Kelibat Amran tadi terus membuatkan dia lupa. Tiada jalan terakhir kecuali teksi walaupun harganya dua kali ganda dari harga asal. Nasib menyebelahinya apabila sebuah teksi melintas. Amira segera menahan.

‘’Pantai dalam cik,’’ Amira segera mengambil tempat. Pemandu teksi itu diam tidak membalas. Dia melihat Amira menerusi cermin. Amira segera menundukkan wajahnya. Perasaan bimbang mula menyelubungi diri. Dia berpura-pura bermain telefon bimbit.

Ya Allah jauhkanlah aku dari malapetaka doanya di dalam hati. Beberapa kes rogol yang kerap terjadi di kota ini mula bermain di fikiran.Kes terbaru betul-betul berdekatan dengan sekitar kawasan perumahan lembah pantai.

Mangsanya turut di bunuh. Entah apa yang merasuk menjadikan seseorang manusia terlupa akan sifat belas kasihan.Teksi itu meluncur perlahan membelah kesejukan malam. Hampir 10 minit perjalanan akhirnya sampai ke kawasan flat perumahan itu. Hati Amira mula lega. Mungkin hanya sangkaan buruk yang bermain di fikirannya sejak tadi.

‘’Terus lagi belok kanan ya cik,’’arah Amira sambil menunding jari.

Tiba-tiba pemandu itu mengambil selekoh lebih awal. Setahu dia kawasan selekoh itu ialah kawasan pembinaan yang baru bertapak.

‘’Pak cik..pak cik nak pergi mana ni?’’ jantungnya mula berdegup kencang.

‘’Berhenti pak cik, berhenti’’

Pemandu itu tidak mengendahkan paksaan Amira. Teksi itu terus di bawa ke kawasan agak gelap.

‘’Berhenti !!!’’ teriak Amira.

Shrtt..Teksi itu di berhenti betul-betul di lorong gelap. Keadaan mula cemas. Pemandu itu terus membuka pintunya dan menuju ke seat belakang. Melihat keadaan itu Amira segera cuba membuka pintu tapi terkunci. Peluh mula membasahi dahinya. Benar tekaannya tadi.

Pintu teksi itu di kuak perlahan. Seorang lelaki berusia 50 an tersengih. Dia melangkah masuk perlahan. Amira buntu.

‘’Pak cik nak buat apa ni,’’ titisan air mata mula mengalir apabila melihat lelaki itu semakin merapati.

‘’Pak cik tak buat apa-apa, pak cik cuma nak berseronok dengan kamu je,hehehe,’’

Wajah lelaki itu makin jelas. Kedutan di balik rupanya jelas kelihatan. Amira menggenggam begnya dengan erat.

Lelaki itu mula menyentuh wajahnya tapi segera di tepis. Dia tersengih dan mula membuka butang bajunya. Amira tahu ianya peluang yang terhidang untuk melepaskan diri. Dengan segala kudrat wanitanya dia menolak lelaki itu. Kedua-duanya terjatuh.

‘’Tolonggg !!,’’ jerit Amira. Dia bingkas bangun namun belum sempat kakinya di tarik.

‘’Kau nak lari mana hah?’’ lelaki tua itu nampak mula menujukkan kemarahan.

‘’Toloonngg,!!’’ Amira terus mengharapkan seseorang mendengar. Badannya di tolak kembali ke tanah. Kali ini tindakan lelaki itu mula ganas. Dia memegang pergelangan tangan Amira. Ciummannya mula singgah di leher gadis itu.

‘’Tolonngg,’’ Amira meronta-ronta dan merayu untuk di lepaskan. Dia terus menjerit. Mengharapkan seorang hamba tuhan mendengar dan menyelamatkannya.

‘’Senyapp..’’kata lelaki itu sambil menutup mulut Amira. Hujan menitik-nitik membasahi wajahnya.

Tiba-tiba terdengar derapan kaki seseorang. Kawasan gelap itu di suluh. Mata Amira melilau mencari sumber cahaya itu. Dia berdoa akan kelibat seseorang. Lelaki tua itu menutup serapatnya mulut Amira. Dia memberikan isyarat diam. Dengan segalam kudrat yang tersisa, Amira mengigit tangan lelaki itu dan terus menjerit.

‘’Tolonggg!’’

Lelaki itu mengerang kesakitan dan menampar wajah Amira.

‘’Woii,’’ akhirnya suluhan lampu itu tepat ke arah mereka. Seorang lelaki berpakaian pengawal keselamatan terus menuju kea rah Amira. Pemandu itu cuba melarikan dia dengan menaiki teksinya kembali. Namun belum sempat dia masuk ke dalam satu libasan cota tepat mengenai badannya dan terus tersungkur.

Amira terus rebah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience