BAB 2

Humor Completed 11676

Perlahan-lahan kakinya menuju kearah susuk tubuh tinggi lampai itu. Amira tidak dapat menahan perasaannya lagi. Ya, dia.

‘’Amran?’’ Tanya Amira. Begnya di ramas kuat. Hatinya berdetakkencang. Lelaki itu tidak perasan kelibat Amira. Dia asyik dengan blackberrynya. Wajahnya di dongak. Amira menatap dalam wajah itu. Tak semena-mena dia memeluk Amran.

Tidak tahu hendak menangis atau gembira.

‘’Amira? Kau buat apa kat sini?’’ Amran terkejut dengan tindakan spontan gadis itu. Pelukan itu tidak di balas. Tersedar dari tindakannya Amira terus melepaskan pelukan.

‘’Eh sorry-sorry. Amran..kau apa khabar? Kenapa balik tak bagitahu?’’ Amira menyisipkan rambutnya. Hampir 1 tahun mereka terpisah. Berbagai memori terpahat. Dia menenung wajah Amran. Tidak banyak yang berubah. Rambutnya masih seperti dulu kemas. Cuma yang membezakan wajahnya mula di tumbuhi kumis nipis. Nampak matang.

‘’Aku baru balik, baru 2 hari lepas. Sihat alhamdullilah, kau? Kau tak jawab soalan aku tadi, kau buat apa kat sini waktu macam ni? Tengok movie dengan Iqram eh?,’’ usik Amran.

‘’Eish, apa la kau ni. Dah setahun kot ,tak habis-habis dengan nama dia. Aku mana pernah ada boyfriend kan’’ balas Amira dengan tolakan ke bahu Amran.

‘’Hehe janganlah marah. Eh..kau makin kuruslah Mira,’’

Eh yeke kurus, mamat ni puji aku ke peril aku desis hatinya.

‘’Kuruslah, diet kot. Nasib baik kau perasan,hahaha,’’ Kedua-duanya ketawa.

Amran menggeleng kepala sambil tersenyum. Sekejap sahaja bertemu dia sudah mampu membuat aku ketawa.

‘’Ye lah, tapi atleast kau kena mengaku lah yang aku cakap kau dulu montel, hehe,’’

‘’Eisshh, kau ni tak habis-habis lagi kan,’’ di ikuti dengan cubitan ke lengan Amran.

‘’Adoi-adoi..ok-ok surrender. Kau buatlah pape asal jangan cubit, sakit tahu tak. Silap-silap boleh kene stroke aku,’’

‘’Tahu pon, wei jom lah minum. Aku belanja. Minum je lah makan tak,’’

‘’Ala kedekut baru nak ajak pergi burger Abang Burn,’’

‘’Amboi kau, dari dulu kerja mengikis aku je,’’

‘’Hehe..Amira sorry lah aku ada date dengan someone,’’

Bagai tersentak. Betul ke apa yang aku dengar. Date?

‘’Eh yeke,’’ tiba-tiba suara seorang gadis menerpa.

‘’Sayang?,’’

Amira menoleh ke arah suara itu. Cantik. Seorang gadis persis artis terus menuju kea rah Amran.

‘’Kawan you ke? Tak nak kenalkan dengan I?’’ katanya pada Amran.

‘’Yup, ermm. Amira kenalkan ni girlfriend aku, Putri ,Putri ni Amira, bestfriend I,’’ Putri menghulurkan tangan untuk berjabat.

‘’Oh hye,’’ Amira seakan kaku untuk memberikan reaksi.

‘’Amira? Oh Amran banyak cerita pasal you,’’ katanya dengan memandang kea rah Amran.

‘’Yeke, mesti dia banyak kutuk I kan, huhu,’’

‘’Agaklah,’’ jawab Putri di ikuti dengan ketawa kecil.

‘’Ei mana ada,’’ celah Amran.

‘’Erm ok lah Amran, aku chow dulu lah. Kau ada nombor aku kan,’’

‘’Ada-ada, nanti aku contact kau,’’

‘’Ok, bye ,bye Tasha,’’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience