BAB 4

Humor Completed 11676

Kepala aku pening. Apa yang terjadi? Di manakah aku?

Fikirannya mula celaru. Cahaya lampu menyilaui mata. Amira meraba-raba kepalanya. Terasa seperti di balut. Suara seseorang sayup-sayup didengari.

Aku cuba membuka mata tapi berat. Apakah yang sebenarnya terjadi? Aku cuba mengingati.

‘’Farah, kat mana dia?’’ Amran tiba dengan tergesa-gesa. Farah merupakan kawab seruma Amira.

‘’Dekat dalam,’’ belum sempat Farah menghabiskan ayatnya Amran terus cuba menerpa masuk. Farah segera menahan.

‘’Tapi doctor cakap jangan ganggu dia. Bagi dia masa,’’ jelas Farah.

‘’Macam mana boleh jadi? Hah bagitahu aku Farah? Apa yang dia buat dekat Mid waktu macam tu?’’

‘’Eh macam mana kau tahu?’’

‘’Aku terserempak dengan dia, Farah tolong..tolong jawab,’’ Amran memandang tepat kea rah mata Farah. Gadis itu cuba melarikan anak matanya. Dia mengambil kerusi.

‘’Dia,’’

2 tahun yang lalu.

‘’Dah semua kumpul sekarang,’’ jerit Amran. Pelajar-pelajar tahun pertama yang terkejut mendengar jerkahan itu terus berlari. Suara Amran cukup kuat dan menggerunkan.

Amira mengemaskan begnya dengan segera. Dia memasukkan beberapa helai kertas pendaftaran ke dalam begnya. Belum sempat dia melepaskan lelah selepas aktiviti tadi sudah di panggil beratur kembali.

‘’Cepaatttttt !’’ suara Amran kedengaran lagi.

‘’Adoi mamat mental ni, tak reti sabar betei,’’ begnya terus di zip. Amira terus berlari ke arah dewan. Itulah rutin selama seminggu. Yah, minggu haluansiswa atau some call it ‘Hell’uansiswa. Aku masih tertanya kerelevenan minggu orientasi ni. Maksud aku, kenapa diaorang tak boleh buat minggu biasa, especially without that mental guy. Aku tersengih.

‘’Sekarang check balik barang-barang amanah awak semua. Jangan sampai ada yang hilang!’’ amaran Amran. Bertugas sebagai ketua biro disiplin memerlukan dia sentiasa nampak tegas.

Kesemua mahasiswa siswi memeriksa barang-barang mereka. Mereka di bekalkan dengan beberapa barang amanah seperti botol air. Amira memeriksa dengan penuh kemalasan. Dia yakin kesemua barangnya sudah tersimpan di dalam beg, tapi..

‘’Alamak,’’amira menyedari sesuatu yang tidak ada di dalam begnya. Dia megorek isi begnya dengan tergesa-gesa.

‘’Damn, mati aku,tak kan hila…

Suara Amran mencelah diatas pentas.

‘’Lengkap? Sebab dekat tangan saya ada kad id seseorang,’’ Amran menunjukkan kad berwarna biru itu. Setiap pelajar baru akan di bekalkan kad itu sebagai tanda nama.

‘’Tak kan aku punya kot, adoi,’’ Amira tidak berputus asa, dia terus mencari di poket depan. Walaupun hakikatnya dia tahu berkemungkinan besar kad itu tertinggal ketika aktiviti berkumpulan tadi.

Mana..mana kau kad. Time macam ni lah kau nak hilang pulak. Amira membayangkan hukuman berdiri di atas pentas di hadapan beratus pelajar baru. Hell no.

‘’Tak ada yang mengaku? Ok saya sebut nama. Nur Amira Binti Syafiq. Pelajar jurusan chemical engineering,’’

‘’Adoi,’’Amira menggosokkan belakang kepalanya. Kenapalah malang sangat nasib aku. Bila masa lak aku tercicir.

‘’Ada? Tak ada saya buang,’’ Amran mengugut.

Perlahan-lahan Amira menuju kea rah pentas.

‘’Saya punya tu PM Amran,’’ kata Amira sambil mengangkat tangan.

‘’Macam mana boleh hilang? Dah diri kat situ,’’ Amran mengarah Amira berdiri di atas pentas. Kesemua mata pelajar menacap ke arahnya. Perasaan malu mula menerpa diri Amira.

‘’Tunggulah kau orang gila’’dengusnya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience