BAB 7

Humor Completed 11676

Keadaan dikafe itu agak lengang. Mungkin kerana belum masuk waktu makan tengah hari.

Amran mengambil tempat di meja biasa. Datin Fauziah menghantar mesej beberapa kali. Tentu pasal malam tadi. Agak Amran.

Terdapat beberapa junior sedang berbual berdekatannya.

‘’Kau tahu tak Iqram dengan Amira tu couple?’’

Amran tersentak. Dia mula memasang telinga.

‘’Eh mana kau tahu, tak kan lah Iqram yang handsome tu nak dengan Amira tomboy tu’’

‘’ Ye. Semalam aku nampak dekat panggung budaya. Pergh sweet gile . Pakai baju sama colour kot,’’

Muka Amran kemerahan. Wajahnya kegeraman.

Amira melilau mencari. Sejak beberapa hari lepas dia gagal menjumpai Amran. Telefon dan mesej tidak berbalas.

Kebanyakan rakan yang di Tanya juga tidak tahu.

Tut..tut..

Amira terus segera membuka peti simpanan mesej. Dia mengharapkan Amran membalas puluhan mesej yang di hantar.

Namun ianya dari Iqram.

‘’Mira, free tak malam ni? Ingat nak ajak makan sekali,’’

Amira menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

‘’Adoii, nak reply apa ni,’’

Beberapa kali dia menaip tapi memadam kembali.

‘’Ok pukul 9’’ SEND.

Amran melihat ruangan inbox handphonenya. Hampir 20 mesej dari Amira. 30 misscall dari gadis itu. Dekat seminggu mereka tidak bertemu mahupun bertenbung di kafe. Amran memikirkan apa yang di dengarnya dari perbualan pelajar lain.

Amira menapak laju apabila melihat Amran sedang duduk berseorangan di taman Sains itu. Die sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Sedar Amran tidak perasan kelibatnya Amira terus duduk di bangku hadapannya.

‘’Kau nak apa,’’ . Rupa-rupanya Amran sudah mengaggak kehadirannya. Perhatiannya masih di telefon.

‘’Eh perasan, hehe. Weyh kau pergi mana ? ‘’Aku call tak angkat mesej tak balas,’’

‘’Bukan hal kau lah,’’ jawab Amran malas.

‘’Kau marah aku ke?’’ Amira mula pelik. Dia cukup masak dengan perangai kawannya itu. Jika dia marah dia akan cuba berlagak cool. Menyembunyikan emosi walaupun tidak dapat di tutup.

Amran hanya diam. Dia sudah tidak memberikan perhatian pada blackberrynya.

‘’Keluar makan dengan aku malam ni, sharp pukul 9. Aku amik kau. Pakai lawa-lawa.’’ Amran terus beredar dari situ.

‘Meninggalkan Amira dengan terpinga-pinga.

‘’Kenapa dengan mamat ni. Emo semacam. Datang bulan ke,’’ katanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience