BAB 1

Humor Completed 11676

Amira segera mengeluarkan buku catatan kecil dari poket apron kecilnya.

‘’Erm sorry saya first time datang sini, boleh cik suggestkan menu yang terbaik?,’’ pinta pelanggan tersebut.

Amira segera menyelakkan helaian buku menu restoran. Keadaan ini adalah perkara biasa. Sesetengah pelanggan adalah first time customer. Mungkin mereka ingin mencuba kelainan dengan memilih restoran itu.

‘’Saya suggestkan encik pilih Fish Talapia Fried, one of our most popular menu,’’ jawab Amira dengan senyuman terukir menampakkan lesung pipit di kedua belah pipi. Menu itu adalah salah satu trendmark di Mc Manhattan walaupon harganya agak mahal.

Amira melihat kepada jam tangannya. Kebanyakan pelanggan sudah beredar. Hanya terdapat sepasang pasangan yang berborak. Kebiasaannya restoran ini akan di tutup jam 10.30 malam. Dia mendengus dan berharap pasangan itu beredar supaya kerja-kerja mengemas dapat di lakukan. Tidak lama kemudian, encik tersebut memanggil Amira dan meminta bil.

‘’Terima kasih datang lagi,’’ sapa Amira mesra. Beliau sentiasa di ajar supaya mesra dengan pelanggan tidak kira apa situasi. Ketika sedang mengemas matanya tertacap pada sehelai note RM10. Alhamdullilah rezeki ,syukurnya di dalam hati.

‘’Mira, balik la cepat nanti tak ada bas,’’ Encik Fakri menegur gadis tersebut apabila melihat beliau masih belum beredar.

‘’Ye bos,’’ Amira bergegas menyiapkan kerja membersih bar. Hampir 5 bulan beliau sudah bekerja di restoran itu.

Sebelum balik dia harus memastikan keadaan restoran dalam keadaan bersih, sudah di sapu dan di mop.

Restoran Mc Manhattan yang terletak di pusat membeli belah di tengah kota Kuala Lumpur itu cukup ekslusif. Rata-rata pelanggan yang datang bukan orang sebarangan.

‘’Bos, esok saya tak dapat datang , ada site visit lah,’’

‘’Lah baru nak bagitahu,’’

‘’Hehe, sorry bos member baru mesej tadi,’’

‘’Erm ye lah, dah kau balik naik apa ni? Bas ada tak time macam ni?,’’

Aik caring pulak manager aku hari ni. Bisik hati Amira.

‘’Adalah, pandai-pandailah saya, hehe, bye bos,’’ Amira melambai majikannya itu. Rasa bertuah kerana mempunyai bos yang memahami.

Keadaan pusat beli belah itu mula lenggang. Kebanyakan yang tinggal hanyalah pasangan-pasangan yang menunggu mid night movie. Amira mengemaskan pakaian kerjanya di dalam beg sandang.

‘’Adoi dah lambat,’’ dia mula sedar akan kelewatan. Bas terakhir betul-betul jam 11.30 malam.

Kalau tertinggal alamat tido stesen bas la aku. Dia segera berlari anak. Namun baru beberapa langkah Amira bergerak dia terlihat kelibat sesuatu. Langkahnya terhenti. Adakah dia? Hati Amira mula berdebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience