BAB 5

Humor Completed 11676

Amran mengambil kerusi di sebelah katil. Dia menacap pada wajah Amira. Dahinya di tampal. Mungkin luka atau lebam di sebabkan terjatuh. Tapi kata doctor tiada yang membimbangkan kecuali Amira memerlukan rehat. Mungkin dia trauma atau masih terkejut dengan apa yang terjadi.

Hampir 2 tahun tempoh perkenalan aku dan dia. Siapa yang tidak kenal dengan kami. Bestfriend paling hardcore.

Bermacam terjadi dan kenangan di kampus itu. Dari prank junior sampailah ke lecterur semua jadi mangsa. Dia..Dia yang ubah aku dari seorang yang macho kepada gila-gila.

‘’Aku minta maaf Mira. Aku minta maaf sebab pergi Jepun tak bagitahu kau,’’ Amran mula meluahkan apa yang tersirat di hatinya. Dia cuba menahan air matanya dari keluar. Entah kenapa aku rasa sesuatu, sesuatu yang sukar untuk di gambar.

‘’Kau ingat waktu pertama kali kita kenal? Kau kena denda dengan aku. Lepas dari haritu muka kau lah yang jadi penghuni tetap atas pentas tu. Ada sampai sekali tu aku kenakan kau sampai kau campak air kat aku. Semua tercengang. Heh. For the first time ada seseorang yang berani macam kau.,’’ Amran mengesatkan air matanya yangmengalir.

‘’Kau tahu sejak dari hari tu aku tertarik dengan kau. Aku mula cuba untuk kenal kau. For sure memang susah. Kau malukan aku dekat kafe. Kali kedua kau siram aku. Heh, kau satu dalam seribu Amira. Makin kita kenal aku tahu kau mungkin kawan terbaik pernah aku ada’’

‘Memang pun,’’ Tiba-tiba Amira bersuara. Mungkin dia sudah tersedar dari tadi. Suaranya masih lemah.

‘’Eh kau dah sedar, nurse..’’

‘’Tak per Amran aku ok lah,’’ walaupun dengan keadaan sebegitu dia masih cuba tersenyum. Beberapa orang nurse masuk ke wad itu dan menuju ke katilnya.

‘’Kau dengar kea pa aku cakap tadi?’’

Amira hanya tersenyum di balik wajah pucatnya. Nurse itu meminta Amran keluar.

1 tahun lalu di kelas.

‘’Mira jom,’’ Amran terus menarik lengan gadis itu.

‘’Pergi mana woi,’’

‘’Makanlah, kau ingat pukul berapa sekarang,’’

Amran mengambil tempat di kafe Zureen. Amira meletakkan buku Titasnya di atas meja. Usai mengambil makanan mereka duduk kembali. Walaupun berbeza jurusan tetapi mereka berusaha menyesuaikan jadual agar masa makan tengahari sama.

Beberapa mata memandang keduanya. Amira mula tidak selesa. Dia tahu Amran mempunyai peminat yang ramai. Seringkali dia memekakkan telingan mendengar umpatan. Sesetengah mengatakannya yang dia gunakan ilmu hitam untuk menundukkan anak Dato’ Hisyam itu.

‘’Wei jom lah, orang-orang pandanglah,’’ dengus Amira. Sebab itu dia jarang memilih makan di kafe. Dia lebih selesa bungkus dan makan di fakulti.

‘’Alah kau ni, macam perempuan,’’ Amran tidak mengendahkan.

‘’Abis aku ni laki lah?’’ Amira menunjukkan buku limanya.

‘’Eh ngaku perempuan,hehe,’’

‘’Tapi atleast kau mengakulah kau gay kan,ha ha,’’ Amran seringkali di gelar gay oleh Amira kerana dia tidak mempunyai girlfriend dan sering mereject peminatnya.

Tasha menjeling kelibat mereka dari jauh. Perasaan cemburu sudah lama berputik dalam hatinya. Walaupun kebanyakan tahu status persahabatan antara Amran dan Amira tiada siapa yang menafikan keduanya pasangan yang sangat serasi.

‘’Ceh, kau tu tomboy,’’ Amran terlihat kelibat Iqram dari jauh. Rakan sekuliahnya yang turut menjadi igauan para gadis di kampus itu. Dia memanggil Fadzil. Ada assignment yang memerlukan mereka menjadi satu kumpulan. Pengajian Amran berbaki setahun lagi sebelum dia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia mahasiswa.

‘’Weyh asal kau panggil dia,’’ Amira mengerutkan keningnya. Amira juga salah satu di dalam senarai peminat Iqram. Karakter lelaki itu yang tenang dan matang menjadi sebab hatinya terpaut.

‘’Biarlah, time ni la kau nak tackle dia taw?,’’

‘’Aku..aku pergi toilet jap,’’ Amira terus tergesa-gesa menuju ke tandas.

Beberapa langkah kemudian….pranngggg..Berterabur buku di tangan Iqram. Dia meraba-raba cermin mata yang tertanggal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience