BAB 8

Humor Completed 11676

Amira membuka pintu kereta Toyota vios berwarna putih itu.

‘’Kita nak pergi mana ni Amran?’’

‘’Ikut je lah,’’

Amira hanya mengiakan. Amran menoleh kembali kea rah Farah.

‘’Cantik,’’ puji Amran apabila melihat Amira memakai baju kurung berwarna kuning. Gadis itu sebenarnya sangat cantik namun perangai kasarnya menjadi kegerunan setiap pelajar terutama lelaki. Dia juga tidak kisah dengan cacian orang. Sifat itu yang membuatkan Amran tertarik.

Perlahan-lahan kereta itu memasuki perkarangan ruang parking sebuah banglo mewah. Amira mula tertanya-tanya.

Takkanlah rumah Amran pulak? Desis hatinya. Sepanjang mereka berkawan tidak pernah lelaki itu menunjukkan rumahnya. Apa yang Amira tahu Amran sememangnya anak orang yang berada namun keperibadian lelaki itu tidak menunjukkan tanda bongkak.

‘’Weyh..weyh..rumah siapa kau bawak aku ni?’’

‘’Rumah aku, jom lah masuk,’’

Hati Amira berdegup kencang. Sangkaannya betul. Dia hanya mengikut belakang Amran. Amira mengambil kesempatan melihat persekitaran rumah itu. Cantik. Terdapat kolam di tepi banglo itu.

Amran dan Amira duduk di meja makan. Amira hanya mendiamkan diri. Memikirkan apa yang akan terjadi. Beberapa minit kemudian kelihatan ibu bapa Amran turun dari tingkat atas dan menuju ke arah meja makan itu.

‘’Papa mama, ini Amira’’

Amira segera bersalaman dengan Datin Fauziah.

‘’Jemputlah, memang Amran cakap dia nak bawak kawan dia malam ni,’’ Dato’ Hisyam tersenyum mesra.

‘’Oh yeke,’’ Amira membalas senyuman.

‘’Jadi awaklah Amira,’’ Datin Fauziah menyampuk.

‘’Yup ma, dia lah Mira. Yang Am cakap tu,’’ balas Amran.

‘’Tinggal dekat mana Mira?’’ Tanya Datin.

‘’Keluarga saya dekat johor baru, tapi kat sini saya tinggal kat kolej,’’

‘’Awak pun Fauziah, makanlah dulu. Ni dah soal siasat budak tu. Maaf-maaf makanlah, hahaha, Datin Fauziah memang macam tu’’ Kata Dato’ Hisyam di sertai ketawa besar.

Pelbagai hidangan terhidang. Dari makanan berat hingga pencuci mulut semuanya tersiap. Seolah makan di hotel.

Dato’ Hisyam kelihatan selesa berbual dengan Amira. Mereka berkongsi minat yang sama membabitkan pasukan bolasepak Malaysia. Berbeza dengan Amran yang lebih menggemari sukan ragbi. Sifat Amira yang gemar bergurau juga membuatkan malam itu meriah. Datin Fauziah memandang dengan penuh rasa menyampah. Tiba-tiba dia menyelitkan tentang Tasha.

‘’By the way Amira, awak belum ada hubungan dengan sesiapa kan. Amran ni dah tak lama lagi nak jadi tunang orang,’’

Amira dan Amran tersentak. Kenapa Amran tidak memberitahunya.

Sebelum membiarkan ibunya meneruskan isu tunangnya dengan Tasha, Amran segera mencelah. Bimbang kejadian makin buruk.

‘’Mummy,’’ Amran mengjegilkan matanya.

‘’Kenapa? Benda betulkan?’’ Datin Fauziah enggan mengalah. Lagi-lagi apabila melihat riak wajah Amira mula berubah.

Amran terus bangun.

‘Mummy, Am dah bagitahu kan Amran tak setuju untuk tunang dengan Tasha,’’

Amira hanya melihat keadaan itu. Datin Fauziah mula kelihatan marah.

‘’No ! Am dah setuju ! Mummy dah bagitahu ibu Tasha.’’

‘’Amran tak pernah suka dia mummy.’’

‘’Dah la malu dekat tetamu ni,’’ celah Dato’ Hisyam apabila melihat keadaan makin buruk.

‘’Am tak cinta dia mummy. Am cintakan Amira,’’

Ibarat ada elektrik yang mengalir di dalam jantungnya.Amira tersentak. Terkejut. Terkelu seribu Bahasa. Betulkah apa yang di dengarnya.

Amran memandang tepat kea rah Amira.

‘’Aku cintakan kau Mira. Kalau ada seseorang yang Am kene tunang atau kahwin. Orangnya ialah Amira,’’ Dia terus beredar dari situ.

Amira terus mengikuti. Sempat dia mengucapkan terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience