BAB 1

Romance Completed 4163

Kusemat kisah kita ini, ku biarkan ia menyelubungi hidupku bertahun lamanya. Ia tidaklah seindah mana namun aku rela membiarkannya menjadi sebahagian dari catatan indah diriku walaupun aku hampir seluruh daripadanya perit. Kisah cinta aku tidak lah sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa. Kadang-kadang aku juga terfikir adakah kisah cinta aku ini kisah cinta magis kerana setiap kali aku jatuh cinta, pasti dia orangnya? Kau yang selalu buat aku jatuh cinta tiap kalinya dan aku hanya membiarkan ia menakhluk hatiku.

*****

Kali pertama aku mengenalinya sewaktu aku berumur dua belas tahun. Waktu itu aku masih anak kecil yang tidak tahu apa itu cinta. Aku kenali dia dengan nama Hazwan Haziq. Nak senang, aku panggil dia double H.

Bagaimana rupanya waktu itu? Ya, hingga kini aku masih ingat mukanya yang bujur itu. Rambutnya yang lurus disikat ke tepi sebelah kiri. Matanya yang bulat itu dihiasi dengan bulu mata yang lentik. Aku sangat iri kerana dia tidak perlu menggunakan mascara untuk melentikkan bulu matanya itu. Oh, aku juga ingat dia sangat segak dengan kemeja t lengan pendek bewarna hitam dan slack warna senada. Kacak juga orangnya walaupun masih kecil. Mesti kauorang tertanya-tanya sekarang dia masih hensem ataupun tidak kan? Haish. Sabar-sabar. Nanti aku cerita. Tak kan kauorang tak nak tahu macam mana rupa aku waktu tu? Isk isk. Kalau kauorang tak nak tanya, aku tak kira. Aku nak cerita juga.

Aku pula bagaimana waktu itu? Aku ni ringkas sahaja orangnya. Bulu mata aku tak berapa nak lentik, kalau nak lentik aku kena pakai mascara. Mata aku pun tak berapa nak bulat, kalau nak tengok mata aku bulat, kau kena lah buat aku terkejut tahap tak ingat punya. Confirm masa tu bulat gila mata aku ni. Masa tu, aku tak pakai tudung lagi. Sempoi tahap gaban aku ikat rambut aku yang tak berapa nak panjang tu ala-ala pony tail mat saleh kata. Pony tail pun kau orang tak tahu? Ikat ekor kuda la. Aish. Nak dipendekkan cerita sebab takut kauorang bosan dengar cerita pasal aku ni kan, aku lah budak perempuan yang paling tak ayu dalam kelas tuisyen aku tu. Budak-budak perempuan semua panggil aku minah tomboy. Aku sikit pun tak kisah dapat gelaran tu. Sebab nak buat macam mana. Dah memang betul pun aku tomboy.

Di mana aku berjumpa dengan double H? Kan aku dah cerita aku jumpa dia dekat sebuah pusat tuisyen. Al-maklumlah, tahun itu kami bakal menduduki peperiksaan UPSR. Maka, aku dengan hati yang tidak rela telah di hantar ke pusat tuisyen tersebut untuk mempersiapkan diri sebelum menduduki peperiksaan besar itu pada bulan sembilan nanti. Aku rasa dia pun senasib juga dengan aku. Kira macam paksa rela punya kes la. Cukup tak intro ni nak bagi kauorang dapat idea macam mana keadaan aku dan dia masa pertama kali kami jumpa? Tak cukup? Tak apa. Scroll bawah sikit. Meh aku cerita lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience