BAB 3

Romance Completed 4163

Sudah hampir lima bulan aku tuisyen. Mulut yang dulu malas nak bercakap, kini sudah rajin sikit bercakap. Tu pun cuma dengan si Double H tu la. Mesti kauorang ingat sebab aku dah jatuh cinta dekat dia kan? Jawapannya adalah……. Teetttt SALAH. Aku cakap dengan dia bukan sebab aku jatuh cinta dekat dia, tapi sebab dia yang selalu tanya aku macam-macam soalan. Nak tak nak aku kena lah jawab kan. Dah tu macam mana aku boleh jatuh cinta dengan dia? Ni aku nak beritahu ni.

Masa tu tiba-tiba ada pop kuiz. Siapa tak dapat jawab kena denda. Kebetulan si Double H ni tadi duduk sebelah aku. Maka, bila tiba giliran dia kena jawab soalan, aku dengan baik hati tolong kirakan jawapan untuk dia. Baikkan aku?

Dan sebelum balik hari tu, dia bisik dekat telinga aku ayat ni. “Saya suka awak Hazirah.” Dalam hati masa tu aku rasa macam dah terbang naik ke awan. Al-maklumlah, first time lelaki cakap suka dekat aku kan. Tapi disebabkan aku ni jenis anti lelaki, aku buat tak tahu je lah bila dia cakap macam tu. Kisah hari tu langsung tak berbekas dekat hati aku ni.

Esoknya, sebelum memulakan kelas, Cikgu Aina mengambil kedatangan. Dan nama pun dipanggil macam biasa. Hinggalah tiba pada nama Hazwan Haziq.

“Hazwan Haziq,” panggil Cikgu Aina tanpa memandang ke arah kami.

“Saya cikgu,” jawab Haziq yang duduk di belakangku.

Kemudian nama aku pula dipanggil.

“Hasya Hazirah”

Belum sempat aku nak menjawab, Haziq sudah menjawab bagi pihak aku.

“Saya cikgu,” jawabnya selamba.

Pantas Cikgu Aina memandang kami. Rakan-rakan sekelas sudah ketawa macam nak pecah perut. Mana tidaknya, nama yang dipanggil oleh Cikgu Aina tadi nama perempuan. Lebih tepat, nama yang dipanggil tadi tu nama aku. Tapi yang menjawabnya Hazwan Haziq. Apa kes?

“Haziq, nama awak Hasya Hazirah ke?” soal Cikgu Aina geram.

“Bukan cikgu,” laju dia menjawab.

“Kenapa awak pula yang menyahut bila saya panggil nama tu?” soal Cikgu Aina lagi.

“Tu nama bakal isteri saya cikgu. Dia malas sikit nak bercakap. Jadi saya tolong jawabkan bagi pihak dia,” terangnya panjang lebar.

Aku yang tidak percaya dengan ayat yang baru sahaja aku dengar daripada mulut Haziq tadi lantas menoleh ke belakang. Haziq hanya tersenyum memandangku.

“Awak cakap apa tu?” soal aku kepada Haziq. Muka aku masa tu memang dah merah padam. Malu satu hal. Bengang satu hal.

“Saya cakap saya suka awak,” jawab Haziq perlahan sambil mendekatkan mukanya kepada aku. Supaya aku jelas mendengar ayat yang dituturkan olehnya.

Ya, memang jelas. Hingga ayat itu menyerap langsung ke dalam hati aku, ke dalam jantung aku. Itulah pertama kali aku jatuh cinta pada Hazwan Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience