BAB 4

Romance Completed 4163

HARI itu hari terakhir tuisyen. Minggu hadapan, kami semua bakal menduduki peperiksaan UPSR.

“Good Luck nanti,” ujar Haziq kepadaku.

Kami mengorak langkah bersama keluar meninggalkan pusat tuisyen itu.

“Good Luck juga,” ujarku kepadanya.

Sebenarnya, aku rasa sedih waktu itu. Walaupun kami jarang bercakap, tetapi Haziq lah orang yang paling rapat dengan aku di pusat tuisyen itu.

“Lepas ni kalau jumpa Haziq, tegur-tegur lah ya,” ujarnya perlahan. Matanya melirik ke arah aku.

Aku hanya mengangguk mengiakan kata-katanya.

“Boleh tak janji sesuatu dengan Haziq?” soalnya pula memandangkan aku masih berdiam diri. Pantas aku menoleh melihat wajahnya. Dan tiba-tiba sahaja dadaku berdebar pantas apabila anak matanya memandang tepat ke dalam anak mataku. ‘Oh tidak! Sah aku jatuh cinta!’

“Janji apa?” soalku perlahan. Anak mataku aku larikan memandang pepohon yang melambai-lambai ditiup angin tengah hari itu. Menyembunyikan rasa gelisah yang beraja di hati.

“Janji dengan Haziq, kalau lepas ni awak jatuh cinta, awak hanya boleh jatuh cinta dengan Haziq sahaja. Boleh?” soalnya inginkan kepastian.

“Kalau ada jodoh tak ke mana,” ujarku perlahan. Haziq menangguk perlahan.

Dan selepas itu, ayah Haziq menjemputnya pulang. Aku dapat melihat dia menoleh ke arahku sewaktu kereta Iswara merah itu meluncur laju meninggalkan perkarangan pusat tuisyen. Dan itulah kali terakhir aku melihatnya tahun itu. Walaupun aku tidak berjanji kepadanya, namun aku sentiasa mengingati pesanannya itu.

‘Jika aku jatuh cinta, aku hanya boleh jatuh cinta dengannya.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience