BAB 9

Romance Completed 4163

TIGA kali mencintainya, kini sudah sebelas tahun aku menantinya. Sejak kali ke tiga kami berhubung melalui alam maya itu, jarang sekali kami bertukar cerita. Malah lebih mudah aku katakan, kami saling tidak bertegur sapa di Yahoo Messanger mahupun di Fac.

Namun, di sudut hati kecilku, aku masih menanti jawapan daripada dirinya. Jawapan kepada janji yang pernah dia ciptakan untukku. Jawapan kepada janji yang sentiasa membuat aku tersekat atas perhubungan tanpa nama. Pertalian hati tanpa kata.

Aku bukan seorang yang pandai memetik gitar. Tetapi jika aku bisa memetik gitar, ingin sekali aku hadiahkan sebuah lagu untuk orang yang aku cintai selama sebelas tahun ini.

Dan jika engkau membaca kisah ini, terimalah laguku untukmu sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiranmu yang kedua puluh tiga…

Tiga kali mencintaimu,

Sebelas tahun aku menunggu,

Setiap kali aku jatuh cinta,

Mengapa mesti engkau orangnya?

Pertama kali kita bersua,

Engkau berjaya mencuri pandangan mata,

Namun cinta kita mati disitu,

Dibawa pergi bersama waktu

Kau laungkan namaku,

Waktu kali kedua kita bertemu,

Wajah engkau ku lihat sekilas,

Kenangan lama datang mengimbas

Kali ke tiga kita tetap kaku,

Di alam maya kini kita bertemu,

Aku cuba berlagak sahaja,

Sungguhpun cinta mengetuk pintu jiwa

Kelak jika kita bersua,

Katakan sahaja jika engkau masih mencinta,

Dalam diam kita tetap merindu,

Entah bila akan bersatu

Tiga kali mencintaimu,

Sebelas tahun aku menunggu,

Tidak ku pinta cintaku berbalas,

Cukup kau tahu cintaku ikhlas.

Inilah kisah cinta aku. Sudah aku katakan kisah cintaku tidak sehebat kisah cinta Laila dan Majnun, mahupun Juliet dan Romeonya. Kisah cinta aku adalah kisah cinta biasa.. Namun aku ingin tetap di sini, menanti cintaku, jika benar dia memang diciptakan untukku. Dalam sebelas tahun ini, aku tidak pernah menyesal mengenalinya. Tidak pernah menyesal mencintainya. Tidak pernah menyesal merinduinya.

Aku mohon jangan terus membiarkan aku terkapai-kapai mencari jawapan demi jawapan dan kesudahan untuk kisah kita ini. Hazwan Haziq, tamatkanlah kisah kita. Beritahulah aku kesudahan cerita kita yang kau tinggalkan buat aku. Agar aku bisa mencintai selain daripada dirimu. Agar aku tidak pernah lagi menanti dirimu seperti sebelas tahun yang lalu… Terlalu lama aku membiarkannya, ku mohon kali ini jangan biarkan aku keseorangan dalam perjalanan yang panjang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience