BAB 5

Romance Completed 4163

PEJAM celik pejam celik, tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan PMR. Tidakku sangka cepat sungguh masa berlalu. Baru semalam ku rasakan aku melihat wajah Haziq yang menoleh ke arahku saat kereta Iswara merah itu membawa dia pergi. Mungkin pergi selamanya daripada hidupku kerana sejak itu aku tidak pernah lagi bertemu dengannya.

“Hoi!” jerkah Iza. Aku tersentak. Hilang terus gambaran wajah Haziq yang bermain-main di mindaku sebentar tadi. Tanganku mengurut-ngurut dada yang terasa berdebar laju.

“Terperanjat wei,” gumam aku sambil mengengsot sedikit ke tepi memberi ruang untuk Iza menyelit duduk di sebelahku di kerusi yang berada di kantin itu. Mujurlah badan teman baikku ini kecil molek. Muatlah dia menyelitkan dirinya di ruang yang tidak seberapa besar itu.

“Termenung ingat siapa cik kak? Haziq lagi?” soal Iza bertubi-tubi. Tangannya pantas mencapai straw dan dicucukkan ke kotak air soya bean yang entah bila dibelinya.

“Mana tahu?” soalku penuh tanda tanya. Sejak bila si Iza ni pandai menilik hati aku. Eh ada ke penilik hati? Setahu aku ada penilik tangan je. Ha, suka-suka hati aku je kan buat ayat sendiri.

“Awak tu kalau dah termenung macam tu tak lain tak bukan mesti ingat Haziq la. Tak ada orang lain dah yang diingatnya,” ngomel Iza. Sebuah senyuman dihadiahkan buatku.

“Semalam, Najia cakap dia dah ada boyfriend,” ujarku rendah. Melarikan mata daripada Iza sebelum dia menilik mataku pula selepas ini.

“Jangan cakap boyfried dia Haziq?” duga Iza. Tangannya pantas memegang tanganku. Aku masih tidak menoleh ke arahnya.

“Rasanya begitulah,” ujarku semakin perlahan. Ya, Najihah atau Najia, adik angkatku kini menjadi teman wanita Haziq. Itulah perkhabaran berita yang aku terima petang semalam sebelum aku pulang ke rumah.

Mata Iza membulat. Mulutnya juga melopong saat memandangku. Terkejut benar agaknya dengan perkhabaran berita yang ku bawa ini.

“Tutuplah mulut tu. Masuk lalat nanti,” ujarku berseloroh. Pantas ku lihat Iza menutup mulutnya.

“Dah tu?” soalnya ringkas.

“Three,” ujarku sepatah diselangi dengan tawa kecil. Menutup rasa kecewa yang merajai hatiku saat itu.

Iza sudah menarik muka masam. Mulutnya sudah sudah sedepa dimuncungkan ke hadapan. Tidak puas hati dengan jawapan yang ku berikan barangkali. Tetapi itulah hakikatnya. Aku tidak tahu apa perasaanku saat ini. Adakah aku harus merasa gembira kerana adik angkatku menjadi teman wanita Haziq? Atau adakah aku harus merasa sedih kerana Haziq telah melupakan janji itu? Ahh. Aku sendiri tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience